MyKad ganti dan semak online dan SMS


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik baca entri “Ganti MyKad Online” di blog Kak Jie membuatkan aku teringat kepada seorang. Kawan aku ni entah dah berapa kali terhilang Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (MyKad) akibat kecuaian sendiri.

Kalau dulu bila hilang MyKad kena report polis tapi setelah ramai sangat hilang MyKad, Polis pun dah tak larat nak simpan laporan. Sekarang tak perlu report cuma kena denda kehilangan MyKad kali pertama denda RM100, kali kedua denda RM200 dan kali ketiga denda RM300. Kalau hilang kali ke empat aku syor baik tuan Mykad tu terjun lubuk sebab tak pandai jaga dokumen sepenting MyKad.

mykad MyKad ganti dan semak online dan SMS

Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (MyKad) - Sumber google

Semenjak dua menjak ni heboh pulak kualiti MyKad rendah dan chip banyak yang tak berfungsi yang boleh guna hanya fasiliti Smart Tag yang lain seperti MEPS CASH dan perolehan data peribadi tak berfungsi. Jangan ada Pegawai JPN songlap duit dah lah sehingga kualiti Kad pengenalan bermutu tinggi jadi Kad pengenalan bermutu rendah.

Kalau fikir nak buat baru atau tukar Mykad ni memanglah malas sebab kena menunggu di pejabat JPN hampir seharian, ramai tu manusianya. Terima kasih lah Kak Jie setelah baca entri baru tahu sekarang dah boleh memohon ganti MyKad secara online di http://mykadganti.jpn.gov.my dan periksa status permohonan MyKad di http://www.jpn.gov.my/semakic.

Nak semak permohonan MyKad secara SMS pun boleh hanya perlu taip JPN MyKad <no ic> kirimkan sms ke 15888.

Mudahkan tapi ingat wahai teman ku ini bukan lesen besar untuk suka-suka hilangkan MyKad. Ramai juga yang belum ambil MyKad ni [ Senarai ].

Nota : Di Indonesia MyKad dikenali sebagai KTP. Apa maknanya tu kena tanya Bang Iwan.

Istimewa di denaihati.com
  • jasry 28 October 2011 at 6:59 pm

    resit ic leh buat pssport malaysia ke?

  • jasry 28 October 2011 at 6:58 pm

    resit leh buat pssport malaysia ke?

  • amie7834 25 October 2011 at 11:53 am

    wah…mudah betul…

  • Steward John 1 October 2011 at 11:23 am

    “Kalau hilang kali ke empat aku syor baik tuan Mykad tu terjun lubuk sebab tak pandai jaga dokumen sepenting MyKad”…. Statement tu tak tahan.. Maykad lama saya dah rosak, kulitnya tu terbuka sedikit.. entah nak tukar ker tak. Tapi kalau tukar pun takut juga jadi seperti itu juga nanti.
    Entri terbaru Steward John – Alamat Rumah Cikmin?My Profile

    • carlos 29 November 2011 at 9:30 am

      bermula 2012 ni mykad struktur baru akan dilancarkan, jadi tuan tuan kalau nak tukar tunggulah 2 jan 2012, mykad dengan cip baru 80k dan material lain, sebelum ni material mykad adalah pvc dengan 7 variasi lapisan, januari nanti menggunakan polycarbonate hanya 3 lapisan dan laser printing.. ketahanan cip diuji tahan sehingga 10,000 cucukan..

  • KDN 14 July 2011 at 1:49 pm

    Wah, boleh semak status permohonan Mykad melalui sms atau online ja…
    Entri terbaru KDN – What is acne?My Profile

  • haiqal 15 June 2011 at 12:45 pm

    Jap,tukar mykad tak sama dengan perbaharui my kad kan?Tak perbaharui pun lagi.
    Entri terbaru haiqal – Wordless WednesdayMy Profile

    • Steward John 1 October 2011 at 11:21 am

      Aik, perlu diperbaharui ker mykad tu? sedang dapat benda tu first time tak pernah lagi tukar benda tu
      Entri terbaru Steward John – Alamat Rumah Cikmin?My Profile

  • Mr Rileks 15 June 2011 at 8:23 am

    chip mykad dah bkarat.. teringin gak nak tukar.. :)
    Entri terbaru Mr Rileks – Anonymous Hack Web Kerajaan Malaysia dengan ‘Operation Malaysia’My Profile

  • [...] tertarik dengan entry blog Denaihati mengenai Ganti Mykad Secara Online dan Semak IC Secara SMS, bukan apa ianya sangat memudahkan, so takperlu lah nak beratur pagi-pagi buta untuk mendapatkan [...]

  • MuJE 14 June 2011 at 9:25 pm

    ala baru bercita-cita nak cakap mykad hilang sebab sayang nak tukar mykad lama. sentimental value tinggi sangat… :P
    Entri terbaru MuJE – Nasib Baik Mediafire Tak Masuk ListMy Profile

    • haiqal 15 June 2011 at 12:46 pm

      Sishh,baik punya idea.Tapi……terbanglah RM100 tu kan.keh keh keh
      Entri terbaru haiqal – Wordless WednesdayMy Profile

  • Zida 14 June 2011 at 8:56 pm

    eh kalau nak tukar baru (sebab umur dah lebih 18 tahun) pun bleh ke? heheeh
    Entri terbaru Zida – Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan BerkebajikanMy Profile

    • denaihati 14 June 2011 at 9:35 pm

      Kena tukar dah tu

1 2


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network