My name is KHAN

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tanpa aku sedari meleleh setitik air mata selepas menonton movie “My name is KHAN” lakonan hebat Shahrukh Khan dan Kajol. Aku bukan sedih kisah dalam movie ini tetapi sedih mengenangkan nasib umat Islam yang menetap di negara yang diperintah bukan Islam seperti apa yang dikisahkan dalam “My name is Khan”. Sedih mengenangkan bagaimana umat Islam harus berjuang untuk hidup di Palestine, Kemboja, China, India, German dan lain-lain negara.

Kita umat Islam di Malaysia tidak pernah menghargai nilai kebebasan beragama yang kita kecapi. Kita umat Islam di Malaysia terus berpolimik dan bertegang urat dari isu yang kecil hinggalah isu yang asas. Kita umat Islam di Malaysia dari ahli politik, ahli agama hinggalah rakyat biasa terus bersengketa menegakkan ideologi yang diperjuangkan dengan membelakang secara tidak lansung Allah swt. Sampai bila??

Jika kisah “My name is Khan” kisah umat Islam disisih di Amerika. Tetapi hari ini 18/10/2010 “German chancellor Angela Merkel says immigrants without Christian values have no place in her country“.

Masjid Al Aqsa
Masjid Al Aqsa lambang perjuangan Islam

Adakah demokrasi hanya layak untuk bukan Islam sahaja? Bila Islam mengamalkan Islam katanya terrorist tetapi kalau bukan Islam memperjuangkan agenda mereka katanya demokrasi? Perkara yang sama sedang berlaku di Malaysia atas dasar demokrasi apabila Melayu Islam memperjuangkan agendanya maka katanya Racist. Mungkin aku agak emosi tetapi doa aku semuga Malaysia tidak akan menjadi German suatu hari nanti.


Spread the love