Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, permulaan tahun 2013 memang langkah kanan apabila blog Denaihati telah dipilih sebagai pemenang anugerah “Most Creative Blog 2013” oleh Majlis Sosial Media Malaysia. Kemenangan ini bukan suatu yang perlu diraikan tetapi merupakan satu tanggungjawab berat seberat trofi yang diterima daripada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.
Most Creative Blog 2013 adalah anugerah kedua untuk blog Denaihati yang diterima daripada Majlis Sosial Media Malaysia setelah pada tahun 2012 menerima anugerah “Best Personal Blog 2012“. Kreatif blog Denaihati mungkin bukan daripada design tetapi lebih kepada aktiviti yang dianjurkan seperti Majlis Sepetang Bersama Blogger 2012 dan 2013 di Hotel Singgahsana.
Anugerah yang diterima telah mengukuhkan jenama Denaihati dipersada alam maya di Malaysia. Pada tahun 2013 blog Denaihati dua kali telah dijemput untuk program Bisnes Alternatif di Astro Awani dan sekali mendapat liputan dalam berita Astro Awani. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 juga mendapat liputan di RTM dan beberapa surat khabar arus perdana.
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pembaca setia blog Denaihati kerana tanpa anda blog Denaihati tidak akan mencapai ketahap ini. Perjalanan masih terlalu jauh untuk 2014 semuga bertambah pembaca setia dan memberi manafaat kepada seramai pembaca yang boleh. Semuga pencapaian ini menjadi motivasi kepada semua Rakan Blogger. Ingat semua yang berjaya bermula dari bawah dan jangan sesekali cepat kecewa serta merajuk dalam dunia blog ini kerana peluangnya terlalu luas tiada sempanan. Blog boleh menjadi tapak online untuk berbagai aktiviti kepada mereka yang pandai mengambil peluang.
Terima kasih kepada Majlis Sosial Media Malaysia yang memberi kepercayaan kepada blog Denaihati. Terima kasih tidak terhingga juga kepada team Denaihati dan Rakan rapat Blogger yang sentiasa membantu, menegur dan berkongsi idea untuk meningkatkan mutu blog Denaihati. Pendapat dan pandangan daripada semua rakan sentiasa dialu-alukan.
















68 Comments
Tahniah!Semoga DH terus kraetif dalam berblog dan menyambungkan lagi silaturrahim antara blogger di Malaysia ni
Curahan rasa nord @ ..Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman Wanita
tahniah DH. memang layak dan semoga kejayaan ni berpanjangan ke tahun2 akan datang
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Memang saya nampak blog Denaihati ini sangat kreatif. Dari cara penyampaian kandungan kepada grafik memang menarik. 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Tahniah Tuan Denaihati kerana berjaya merangkul anugerah Most Creative Blog 2013
semoga terus berjaya….memang terbaaikkk blog Denaihatii…Denaihati dihatiku…hihi
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Comments are closed.