Malaysia vs Myanmar Sea Games 2011


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kepanasan perlawanan Indonesia vs Malaysia di peringkat kumpulan masih belum reda lagi. Aku masih terfikir-fikir strategi Indonesia tidak menurunkan pasukan kesebelasan utama ketika menentang Harimau Muda. Bukankah lebih baik sekiranya Indonesia dapat menewaskan Malaysia pada peringkat kumpulan dan Malaysia perlu menentang Vietnam pada peringkat separuh akhir. Ada kemungkinan Malaysia tewas di peringkat separuh akhir jika menentang Vietnam dan Indonesia mudah menewaskan Myanmar. Bukankah lebih mudah untuk Indonesia bertemu Vietnam di final berbanding bertemu Malaysia. Apakah strategi Indonesia akan memakan diri mereka kerana perlu bertemu dua team kuat jika layak ke final.

Atas kertas Malaysia kelihatan mudah untuk menewaskan Myanmar tetapi selalunya pemikiran begini yang akan memakan diri. Perlawanan semifinal bola sepak Sea Games 2011, Malaysia vs Myanmar mesti tidak boleh diambil ringan oleh permain skuad Harimau Muda. Pemain mesti mengekalkan prestasi bermain cemerlang dan perlu juga berhati-hati dengan kad kuning yang boleh menidakkan mereka bermain di perlawan akhir sekiranya Harimau Muda berjaya menewaskan Myanmar. Perlawanan akhir bukannya mudah kerana team yang bakal menunggu samada team Sang Garuda, Indonesia yang pasti ingin menebus kekalahan atau Vietnam yang mempunyai pemain-pemain yang terbaik.

Keputusan Malaysia vs Myanmar : 1 – 0

Keputusan Indonesia vs Vietnam : 2 – 0 (Semifinal ke dua bola sepak Sea Games 2011)

Perlawanan live Malaysia vs Myanmar boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan RTM TV1 jam 5.00pm waktu Malaysia, 19/11/2011 atau boleh juga live streaming Malaysia vs Myanmar melalui twitter dengan hashtag #Malaysia atau #Myanmar atau online live streaming @ RTM live.

Jadual penuh dan keputusan bola sepak Sea Games Indonesia 2011 kumpulan A @Bola Sepak Sea Games 2011

Berita terkini kontijen Sea Games 2011 Malaysia dan jumlah kutipan pingat Malaysia Sea Games 2011 @ Sea Games Ke 26 Indonesia.
Final Bola Sepak Sea Games 2011 Malaysia vs Indonesia di Stadium Gelora Bong Karno pada 21/11/2011 jam 8.00pm waktu Malaysia.

Video Malaysia vs Myanmar Semifinal Sea Games 2011 :

Istimewa di denaihati.com
  • liyana ahmad 25 November 2011 at 11:44 am

    game yg best..

  • Ummi Hanie 22 November 2011 at 4:05 pm

    x arif sgt hal2 bola ni.. itu pun suami yg ceritakan pd sy .. :p
    Entri terbaru Ummi Hanie – Jawatan kosong di UiTM Kedah,KWSP & JAISMy Profile

  • Acahanter 21 November 2011 at 3:29 pm

    Indonesia akan berjaya di final nanti, pingat emas dan juara keseluruhan milik Indonesia, malaysia boleh berjaya lawan pasukan simpanan indonesia je, tapi pasukan utama indonesia akan berjaya di Asean, InsyaAllah…

    • manja sheila 27 November 2011 at 1:40 pm

      hi indonesia..ohhh..iye ke? salam 4-3 dari malaysia.
      Entri terbaru manja sheila – NEW ARRIVAL BAJU KURUNGMy Profile

  • Ikmal 21 November 2011 at 2:51 pm

    hope dpt mng final nnty..amin ^^

  • munir ardi 21 November 2011 at 1:10 pm

    semoga moment ini akan menjadi pertandingan yang penuh aksi seru dan penuh pertunjukkan spektakular
    Entri terbaru munir ardi – Samsung Galaxy S II Gadget Impian SayaMy Profile

  • KhatGrafik 21 November 2011 at 8:16 am

    Semoga Malaysia bermain cemerlang hari ini.. pegang maruah negara!
    Entri terbaru KhatGrafik – LIVE 21.11.11 Malaysia vs Indonesia Final Bolasepak Sukan SEAMy Profile

  • Ainsyah 20 November 2011 at 8:19 pm

    Malaysia terbaik.. ;D

  • amir 20 November 2011 at 1:49 pm

    tahniah msia!moga emas jd milik kita lg..amin

  • Wizurai 20 November 2011 at 10:55 am

    tahniah dan semoga dapat mengekalkan status juara bertahan…
    Entri terbaru Wizurai – Pengalaman Menyertai CIMB Mega AuctionMy Profile

1 2 3 4


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network