Malaysia Top 10 Blog Pagerank 4 – 5

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kata bijak pandai kalau nak pandai kena bercampur dengan orang pandai, kalau nak kaya kena bercampur dengan orang kaya dan kalau nak alim pasti kena bercampur dengan orang alim. Sudah banyak bukti kalau orang alim bercampur orang jahat pasti jadi jahat. Google pun guna konsep yang sama kalau nak tingkatkan Pagerank, blog yang PR rendah kena sering berhubung dengan blog yang Pagerank tinggi.

Kalau Rakan Blogger ada hasrat nak tingkatkan Google Pagerank kenalah ikut strategi yang telah ditetapan Google antaranya kena banyak berkomunikasi dengan blog dan website yang lebih tinggi Pagerank. Aku memang ikut strategi ketika nak naikan PR blog Denaihati dari PR0 ke PR4 dan sedang berusaha nak naikan ke PR5.

Kaedah yang sudah lama aku buat :

  1. Meninggalkan komen dengan konsisten di blog PR tinggi dan tidak pernah kecewa walaupun tuan blog tak buat lawatan balas.
  2. Letak link entri terpilih blog PR tinggi dalam entri baru kita tapi tajuknya mesti ada persamaan supaya tidak kelihatan seperti SPAM. Tuan blog PR tinggi pasti akan tahu setiap kali kita linkkan entri mereka. Buat secara konsisten pasti ada balasan baik dari tuan blog tersebut suatu hari nanti.
  3. Rakan Blogger boleh kongsikan strategi lain untuk dipraktiskan oleh kita semua.

Masalahnya ramai yang tak tahu website dan blog mana yang mempunyai Pagerank tinggi. Aku senaraikan beberapa Malaysia Top 10 Blog Pagerank 4 – 5 :

  1. Paultan.org
  2. Travelblog.agoda.com
  3. Amanz.my
  4. Norfanil.com
  5. Gobalakrishnan.com
  6. Jadi ahli BlogMalaysia.com untuk melihat senarai lengkap blog PR5 dan jangan lupa daftarkan sekali blog anda.

Blog Denaihati dah lama jadi ahli BlogMalaysia.com dan sudah tersenarai untuk blog PR4. Bila lagi ANDA?

Nota : Tahniah blog PM Najib Razak berstatus blog PR9.

Comments