Kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC)

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hampir setiap hari Rakyat Malaysia akan didedahkan dengan berbagai kontroversi Pusat Fidlot Nasional. Aku rasalah tak ramai rakyat yang faham maksud Fidlot ni. Aku nak tanya pada Rakan Blogger tahu ke apa itu Pusat Fidlot Nasional atau National Feedlot Corporation (NCF)? Aku dah tahu lama tentang projek NCF ini yang kebetulan tak sampai 15km daripada kampung aku di Gemas.

Pusat Fidlot Nasional

Tujuan projek ini dibuat sangat bagus mencontohi pertanian modern yang diamalkan di Belanda tetapi malangnya perlaksaannya sangat mengecewakan. Kes ini menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia setelah Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan berbagai kepincangan dan apalagi peluang terbaik untuk pembangkang hentam atas bawah kiri kanan Kerajaan.

Yang aku tak faham kenapalah DS Shahrizat Abdul Jalil bangang sangat (Maaf ya Datuk Seri guna bahasa kasar) membiarkan suaminya menguruskan projek ini dah lah tu semua anak-anaknya pun masuk sekali. Nampak sangat pengali lubang sendiri yang ditunggu-tunggu pembangkang jadi tak salahlah kalau pembangkang ambil peluang semaksimum yang boleh dalam isu NFC. Adakah DS Shahrizat nak ikut cara segelintir ahli politik yang anak beranak menguasai Parti Politik tapi sibuk memperjuangkan kronisme … itu yang orang kata cakap tak serupa bikin.

Kepada yang belum tahu cerita panas NFC bernilai RM250juta atau Rupiah722Milyar boleh baca panjang lebar @ Kontrovesi NFC.

Ramai yang sedang melihat bagaimana DS Najib Razak akan menyelesaikan masalah ini. Kontroversi NFC boleh menjadi penentu Pilihanraya Umum ke 13 untuk DS Najib Razak dan Barisan Nasional. Pasti DS Najib tidak akan mengambil risiko hanya untuk menyelamatkan 2 – 3 orang yang salah urus NFC seperti yang telah dilaporkan oleh Audit Negara. Penyelesaian isu ini pasti akan meningkatkan Ramalan Undian PRU 13 untuk Barisan Nasional.

Kalau ada berita terkini kontroversi NFC jangan lupa update untuk makluman kita semua.

Comments

Trackbacks