Kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk Blogger

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua minggu sudah berlalu, Kamera Sony Alpha 5000 dilancarkan di Malaysia telah mendapat liputan meluas di kalangan media dan blogger. Aku dan rakan team Denaihati juga tidak ketinggalan diberi peluang untuk mencuba menggunakan kamera ini dan memang menyeronokkan.

Sony Alpha 5000 paling ringan di dunia

Pertama kali menyentuh kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini, aku sudah tertarik dengan bentuknya yang kompak, selain beratnya yang ringan iaitu hanya seringan 210gram. Mencuba kamera Sony ini membolehkan aku mengambil gambar-gambar yang menarik untuk memori kenangan dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.

Sebagai seorang blogger yang memang gemar juga untuk mengambil gambar, sudut penilaian aku lebih menjurus kepada kemudahan untuk mengambil gambar, apa fungsi-fungsi build in yang membolehkan aku mengambil gambar dalam pelbagai situasi dan perkara-perkara lain yang akan aku kongsikan dalam ulasan kali ini.

Kamera Sony Alpha 5000 ini merupakan kamera lensa boleh ubah yang paling ringan di dunia, dengan fungsi lensa yang setaraf kamera DSLR yang lain, Kamera Alpha 5000 ini memberi peluang untuk pengguna biasa juga mengambil gambar yang menarik dalam keadaan yang sukar seperti dalam ruangan yang mempunyai tahap pencahayaan yang rendah.

Blogger denaihati di majlis MSMW2014
Rakan-rakan blogger denaihati di majlis MSMW2014

Sudah beberapa kamera yang aku cuba sebelum ini, kebanyakannya mempunyai kualiti gambar yang cantik, tetapi gagal apabila berada di kawasan yang kurang pencahayaan. Biasanya aku perlu memastikan sudut gambar dan komposisi yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang diinginkan.

Berbeza dengan Sony Alpha 5000, gambar dalam keadaan kurang pencahayaan amat mudah untuk diambil, dan gambar yang terhasil juga tidak mengecewakan. Ini adalah perkara pertama yang menarik perhatian aku semasa mencuba buat pertama kalinya kamera Sony Alpha 5000 ini.

Low light quality image from Sony Alpha 5000
Perbandingan kualiti gambar diambil dalam tempat pencahayaan rendah yang sama.
Low light image
Gambar jarak jauh dalam dewan rendah pencahayaan
Gambar night mode kereta bergerak
Gambar menggunakan night mode dalam kereta yang bergerak tetap jelas.

Ramai yang mengatakan, kamera hanyalah alat perhubungan untuk gambar yang cantik, tetapi apa yang penting adalah siapa dan bagaimana gambar itu diambil

Aku tidak ingin menidakkan pernyataan di atas, tetapi untuk pengguna biasa, aku rasa kamera juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi. Terutama apabila ingin mendapatkan gambar-gambar yang sukar.

Faktor kamera alpha 5000 ini yang ringan juga memang sangat positif, aku boleh menggantung kamera ini di bahu tanpa rasa beban, dan semasa mencuba mengambil gambar di sekitar Kuala Lumpur dengan berjalan kaki. Kamera ini memang tidak mendatangkan sebarang beban tambahan sepanjang proses tersebut.

20.1-megapixel Exmor APS HD CMOS sensor
Gabungan lensa dan 20.1-megapixel Exmor™ APS HD CMOS sensor membolehkan gambar diambil dengan sangat jelas.
Sony Alpha 5000 long distance shoot
Gambar diambil dari jarak jauh menggunakan sony alpha 5000

Dalam erti kata lain, kamera Sony Alpha 5000 ini sangat sesuai untuk di bawa semasa pergi bercuti atau bersiar-siar bersama keluarga mahupun sahabat handai. Pelbagai mod sedia ada seperti intelligent mode, memberikan aku kemudahan untuk mengambil gambar dalam pelbagai situasi tanpa perlu risau mengenai setting yang terbaik dan sebagainya.

Navigation Menu Sony Alpha 5000
Navigation menu yang mudah untuk digunakan pada kamera Alpha 5000

Apa yang aku perlu buat, hanya mencari komposisi yang sesuai seperti yang diinginkan, kemudian gambar boleh diambil dengan sempurna. Kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini memang mudah untuk digunakan.

Pada awalnya, memang agak kekok dengan susun atur baru butang dan sistem navigasi kawalan kamera ini. Namun selepas 10 minit mencuba kamera ini, semuanya seperti sudah menjadi kebiasaanya, tiada lagi rasa kekok, bahkan sistem kawalan kamera ini memang amat mudah untuk digunakan selepas mencubanya.

Lensa yang didatangkan bersama-sama dengan kamera Sony Alpha 5000 ini juga mempunyai julat fokus yang besar dan jauh. Ia membolehkan aku untuk mengambil gambar pada jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti gambar tersebut. Ternyata kualiti 20.1MegaPixel yang tersedia pada kamera ini membuatkan proses mengambil gambar lebih menyeronokkan.

Gambar hidangan ikan keli menggunakan alpha 5000
Hidangan makan malam ikan keli
Sony alpha 5000 mode micro
Ciri “Background Defocus” yang memudahkan gambar seperti ini diambil.
Lensa julat fokus pelbagai - Sony Alpha 5000
Gambar diambil dari jarak jauh dalam dewan pencahayaan rendah.

Dengan harga hanya RM1999.00 untuk kamera lensa tunggal (Body + 16-50mm Kit Lens) dan RM2799 untuk pakej lensa berkembar (Body + 16-50mm Kit Lens + 55-210mm Telephoto Zoom Lens), kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk rakan blogger yang selalu pergi kemajlis pelancaran produk atau aktiviti keluarga untuk menulisan entri. Seperti yang semua blogger sedia maklum gambar yang cantik dan unik merupakan salah satu daya tarikan sesebuah blog untuk meningkatkan trafik blog seperti entri “Okinawa tempat percutian menarik” telah mendapat trafik dan komen yang banyak.

Mari sama-sama kita melihat gambar-gambar yang sempat di ambil menggunakan kamera Sony Alpha 5000 ini di bawah:

[customgallery]

187 Comments

  1. lepas baca review yang dibuat oleh DH, boleh nampak potensi Sony Alpha 5000 di mata penggemar gadget seperti saya. Walaupun hanya ‘penggemar’ bukannya ‘penggila’ gadget, tapi nampknya saya mungkin akan ada perasaan kegilaan sikit kat camera ni. Harga bermula dalam Rm1999 . Setaraf dgn camera DSLR, macam berbaloi je untuk dijadikan camera peribadi ni ^^
    Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Task 2: Kenapa Saya Nak Bercuti Ke BusanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!