Jadual Waktu PMR 2013 untuk kakak

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, saat yang ditunggu-tunggu oleh kakak semakin hampir. 2/10/13 – 9/10/13 tarikh keramat untuk kakak dan calon PMR 2013 yang telah ditunggu sekian lama dengan berbagai persiapan. Kakak terpaksa meninggalkan keluarga masuk asrama di Johor awal tahun 2013 demi untuk membuat persiapan rapi menghadapi PMR 2013. Cita-citanya satu untuk mendapat 9A untuk melayakan diri masuk ke sekolah asrama penuh aliran sains.

Amalan ibubapa ketika anak dalam dewan peperiksaan

Di saat-saat akhir PMR 2013 yang paling penting kakak mesti menjaga kesihatan dengan makan makanan berkhasiat, minum air yang cukup dan tidur yang cukup. Sentiasa pesan kepada kakak untuk tidur sebelum jam 12.00 am dan bangun awal untuk membuat ulangkaji. Sia-sia sahaja usaha selama setahun sekiranya pada hari peperiksaan kakak tidak sihat, sudah pasti tak boleh nak fokus kepada peperiksaan. Bagus juga makan Minda Aktif kerana dengan izin ALLAH in shaa Allah boleh membantu menghilangkan perasaan gemuruh, takut, panik, menambah konsentrasi, menguatkan daya fikir, menghilangkan keletihan dan kelesuan fizikal dan mental.

Klik untuk Minda Aktif menguatkan ingatan dan hafalan untuk calon PMR

Masa untuk membaca buku kurang sesuai yang terbaik fokus menjawab soalan ramalan PMR, soalan percubaan PMR dan soalan PMR tahun-tahun lepas untuk mengasah daya ingatan. Biasanya cikgu akan membuat ramalan soalan yang akan keluar berdasarkan trend jadi jangan abaikan ramalan tersebut.

Persiapan fizikal dan mental untuk kakak dan semua calon PMR 2013 sangat penting ditambah dengan doa dari ibubapa. Kalau atok dulu pasti akan puasa sunat untuk mengiringi anak-anak yang menduduki peperiksaan. Usaha telah dibuat selainnya berdoa dan bertawakal kepada Allah swt. Bagus juga solat sunat istikharah memohon semuga Allah gerakan hati untuk kita membaca bahagia-bahagian yang bakal keluar dalam peperiksaan PMR.

tarikh-peperiksaan-PMR-2013

Paling bagus sekarang kena buat jadual ulang kaji mengikut jadual waktu peperiksaan PMR 2013. Berdasar pengalaman ulangkaji di saat akhir sangat membantu terutama kalau terbuat latihan atau terbaca tajuk yang keluar dalam soalan peperiksaan. Dengan jadual ulangkaji calon tidak akan cepat panik dan dapat mengulangkaji dengan bersistematik.

Semuga kakak dan semua calon PMR 2013 dapat menduduki peperiksaan PMR dengan tenang, sihat dan dapat menjawab semua soalan dengan betul. Semuga kakak mendapat 9A+.

Jom kongsi tips peperiksaan dengan adik-adik calon PMR dan ibubapa calon PMR.

Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 Calon Biasa

Jadual Peperiksaan Menengah Rendah 2013
Sila klik pada gambar untuk paparan saiz sebenar

Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 Calon Berkeperluan Khas (CBK)

Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 Calon Berkeperluan Khas
Sila klik pada gambar untuk paparan saiz sebenar.

Spread the love

51 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!