Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, musim Haji datang lagi. Tahniah kepada semua Bakal Jemaah Haji Malaysia yang sudah terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH SWT untuk musim haji 2011. Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah memilih anda menjadi salah seorang daripada berjuta tetamu-Nya dari seluruh dunia. Masih ramai lagi yang sedang menunggu giliran dengan penuh sabar.

Tabung Haji telah mengumumkan tarikh Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011 :

1. Penerbangan Pergi Pertama : 29 September 2011 (Khamis)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 5 November 2011 (Sabtu)
4. Hari Raya Haji : 6 November 2011 (Ahad)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 7, 8 dan 9 November 2011 (Isnin, Selasa, Rabu)
6. Penerbangan Balik Pertama : 13 November 2011 (Ahad)
7. Penerbangan Balik Akhir : 13 Disember 2011 (Selasa)

Nota : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Puas dah aku mencari Jadual Penuh Penerbangan Haji Malaysia 2011 tapi masih belum terjumpa lagi. Di zaman teknologi dimana manusia mencari informasi melalui internet adalah bagus jika Tabung Haji mengambil langkah proaktif dengan menyediakan Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011 secara online atau semakan secara SMS.

Ibadah haji adalah ibadah menguji kekuatan dan daya tahan iman. Persiapan yang rapi rohani dan jasmani sangat diperlukan untuk mendapat Haji Mabrur. Ibadah Haji bukanlah seperti rombongan Mak Minah pergi ke Vietnam sibuk membeli belah tetapi Haji adalah perjalanan Rukun Islam yang ke lima untuk menyempurnakan Rukun Iman yang enam. Berbagai ujian akan ALLAH SWT turunkan kepada setiap Bakal Jemaah Haji bermula dari Malaysia sehingga di Mekah, Madinah dan kembali semula ke Malaysia. Maka bersedialah dengan semua ujian kerana bukan mudah untuk mendapat Haji Mabrur.

---

  1. hanimah hadri says:

    Nak cari penerbangan pulanng jemaah haji malaysia you have to go to the website of the respective airlines

  2. tak lama dah ma and pa nak balik~~
    Entri terbaru Mr.ReVMon – [LAWAK] Kenapa Singapura Tiada RajaMy Profile

  3. semoga semuanya kembali dengan mendapatkan predikat Haji Mabrur

  4. semoga dpt mnjalani ibadah haji dengan sempurna :)

Trackbacks

  1. […] Denai Hati #dd_ajax_float{ background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; border:1px solid #DDDDDD; float:left; […]

  2. […] : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Sumber : Denaihati.com , Yanmieonlie dan Tabung Haji *{margin:0; padding:0;} ul{ list-style:none;} #socialbuttonnav […]

Artikel pilihan...close