Jadual Dan Harga Tiket ERL

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Insha Allah team Denaihati yang diketuai oleh Shakiddo dan beberapa blogger akan memulakan perjalanan Jejak Rehlah Dakwah dan Mujahadah Cambodia dan Vietnam pada 18hb Disember hingga 23hb Disember 2013. Kami akan membawa tema kembara ini dengan tagline Bloger Mengemban Tanggungjawab Sosial menjejaki liku kehidupan umat Islam dan melawat beberapa lokasi menarik di Kemboja dan Vietnam.

Tambang Baru ERL berkuat kuasa 1 Januari 2016

Perjalanan 6 hari 5 malam Kuala Lumpur – Phnom Penh – Siem Reap – Saigon juga istimewa kerana saya akan bersama suami dan anak bongsu kami, Intan

Matawang Dong
Julie tak dapat ikut, jadi saya pujuk dia bagi sejuta Dong..hihihi

Penerbangan kami dijangka berlepas waktu pagi dan alternatif yang paling mudah untuk ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur ( KLIA ) adalah dengan ERL atau KLIA Ekspres iaitu tren tanpa henti yang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke bandar (KL Sentral) dalam masa 28 minit!

Sebelum perjalanan, biasaya saya akan membuat semakan dan mencari informasi mengenai keperluan perjalanan tersebut. Saya google map untuk melihat laluan dan lokasi atau membuat semakan penting mengenai jadual perjalanan ERL. Adalah perlu untuk kita membuat semakan dan meneliti jaduan supaya dapat tiba di KLIA dalam waktu yang sesuai. Meraung berguling-guling nanti kalau sampai aje tengok KID dan yang lain-lain melambai dari dalam kapal terbang sambil take off.

Kalau dah tahu jadual, bolehlah bernafas dengan tenang . Mari kita semak dan rancang perjalanan.

Jadual KLIA Ekspres

KLIA ke KL Sentral

  • Tren pertama berlepas pada jam 05:00 pagi
  • Tren terakhir berlepas pada jam 01:00 pagi

KL Sentral ke KLIA

  • Tren pertama berlepas pada jam 05:00 pagi
  • Tren terakhir berlepas pada jam 00:30 pagi

Masa perjalanan –  28 minit

Kekerapan perjalanan ERL

  • Setiap 15 minit – waktu puncak Isnin hingga Jumaat 6:00 pagi hingga 09:00 pagi dan 04:00 petang hingga 10:00 malam
  • Setiap 20 minit – waktu biasa Isnin hingga Jumaat 5:00-06:00 pagi, 9:00-04:00 petang dan selepas jam 10:00 malam; Sabtu dan Ahad sepanjang hari
  • Setiap 30 minit – selepas tengah malam

Harga Tiket KLIA Ekspress

  • Sehala: Dewasa RM 35  /Kanak-kanak RM15
  • Dua hala: Dewasa RM 70 / Kanak-kanak RM R30

Tren ERL Ekspres  ini hanya laluan KLIA – KL Sentral / KL Sentral – KLIA  secata terus sahaja tanpa berhenti di mana-mana stesen .

Kalau kita ingin menaiki tren ERL di bandar yang disenaraikan, ada satu lagi perkhidmatan yang disediakan iaitu  KLIA Transit Train.  Saya bercadang menaiki ERL dari Stesen Bandar Tasik Selatan.

harga-tiket-erl

Jadual ERL dari KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi , rujuk jadual diatas. Kekerapan diwaktu puncak adalah selang 20 mini bermaksud ada 3 kali perjalanan tren setiap sejam,

harga-tiket-erl-transit

Harga Tiket KLIA Transit (dewasa/ kanak-kanak )

  • KL Sentral –  KLIA = RM 35.00 / RM 15
  • Bandar Tasik Selatan – KLIA = RM 26.50 / RM 13
  • Putrajaya & Cyberjaya – KLIA = RM6.20 / RM 3
  • Salak Tinggi – KLIA = RM3.20 ? RM 1.60

*Harga stesen lain dan harga tiket kanak-kanak, sila rujuk jadual di atas.

Doakan perjalanan kami ye kawan-kawan.  Semoga dipermudahkan Allah S.W.T dalam mengalas usaha murni  untuk mendalami masyarakat Islam Kemboja disana. Terima kasih kepada Tuan Masruken, Pengarah Operasi eQurban dan tuan punya blog Warisan Kaseh yang telah menguruskan Jejak Rehlah Dakwah dan Mujahadah Cambodia dan Vietnam semuga kembara kami ini menjadi asbab turunnya hidayah kepada semua umat manusia di dunia yang semakin menuju akhir zaman.

55 Comments

  1. Boleh tahan mahal jgk 35 rgt, msti jarak perjalanan pn agak jauh ni. liz ni nk kena hntr frgn worker balik hometown. Aigoo dari perkeliling mn nk mula perjalanan ni, kalau naik teksi dari perkeliling brapa kos nya, sapa2 tahu tak?

  2. Mmg x pernah lagi naik erl ni..sebelum ni guna kete je, nak cubalah lepas ni. Mudah dan pantas.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!