iPhone 5 Countdown

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, maka lengkaplah dunia Apple aku setelah kehadiran Macbook Air mengantikan Toshiba Portege Z830 yang telah di rembat ketika rumah dipecah masuk. Memang kekok berhijrah ke Macbook Air ni almaklum dah bertahun guna macam-macam versi Sony dan terbaru Toshiba jadi terpaksalah panggil sifu Macbook untuk buat kelas khas.

Suatu yang agak pelik semasa 5 penyamun tu geladah rumah, diaorang ambik iPhone 4S tetapi tinggalkan iPad Baru yang hanya terletak sebelah iPhone tersebut. Itulah namanya rezeki ditetapkan ALLAH SWT.

iPhone 4 dan iPhone 4S dah lesap tapi nak tunggu iPhone 5 lama lagi pulak. Banyak sumber mengatakan iPhone 5 production sudah bermula dan sudah banyak blog gadget yang telah membuat iPhones 5 Countdown. Website e-Commerce terbesar China Taoboa telah membuka pre-order untuk iPhone 5. Terasa macam dah tak lama lagi je iPhone 5 ni nak keluar tetapi Apple belum pun buat apa-apa pengumuman. Tapi kalau nak tunggu iPhone 5 keluar pasti ramai yang ada masalah untuk contact aku … nampaknya kena angkat iPhone 4s jelah dulu.

Gambar iPhone 5

Ada sumber mengatakan iPhone 5 akan dilancarkan di USA pada 7 Ogos 2012 dan akan dilancarkan di Malaysia pada akhir November. Sumber yang lain pula menyatakan iPhone 5 akan dilancarkan mungkin akhir September atau awal Oktober. Harga iPhone 5 sama seperti harga iPhone 4S ketika dilancarkan. Gosip gadget menyatakan antara perubahan iPhone 5 adalah new metal body, larger screen, less glass, new connections, 4G LTE, better batery dan iWallet. Macam menarik je.

Joom kepada peminat iPhone sahaja kita sama-sama countdown pelancaran iPhone 5 Malaysia.


Spread the love

287 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!