iPhone 4S bukan sekadar telefon

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku antara 55% pengguna smartphone di Malaysia setelah diperkenalkan dengan iPhone 3GS oleh Ustaz Rahim Nasir. Sekarang aku menggunakan iPhone 4 dan sedang menunggu iPhone 4S, amanz.my kata iPhone 4s mungkin dilancarkan di Malaysia sekitar 18 – 25 November, 2011. Dari komen dalam entri “Say No to SMS” ramai Rakan Blogger yang kata mereka tidak mampu memiliki smartphone. Sebenarnya smartphone sudah tidak begitu mahal jika dibandingkan dengan waktu awal pelancaran. Smartphone 2nd hand yang masih baik kualiti, baru dan murah juga terlalu banyak dipasaran kerana ada pengguna yang sering bertukar smartphone seperti bertukar baju setiap kali ada sahaja produk baru dilancarkan.

Bagi aku smartphone iPhone 4 bukan sekadar telefon. iPhone 4 banyak membantu kehidupan seharian dan melancarkan urusan perniagaan. Aku menggunakan iPhone 4 semaksima yang boleh supaya wang yang digunakan untuk membeli dan membayar bil setiap bulan tidak membazir begitu sahaja.

Antara kegunaan iPhone 4 aku :

  1. Berkomunikasi dengan keluarga, teman, staff dan rakan kongsi melalui phone call, video call, sms dan pesanan melalui email, twitter, facebook, whatsapp dan ebuddy.
  2. Online internet
  3. Baca Al-Quran dengan aplikasi Al Quraan
  4. Bacaa doa pagi dan petang dengan aplikasi My Daily Duaas
  5. Bersosial dengan Facebook, Twitter dan Google +.
  6. Kamera dan video cam.
  7. Jam dan alarm clock.
  8. GPS. Setakat ini tak pernah sesat mancari tempat baru selagi ada dalam radar MAPS iPhone 4.
  9. Waktu solat dan kalendar Hijrah.
  10. Kompas dan penentuan arah qiblat (memang mudah bila travel)
  11. Kalkulator dan Live Currency Converter.
  12. Tengok video dan movie di Youtube.
  13. Keputusan terkini EPL dan berita terkini bola sepak dunia.
  14. Harga terkini Emas dan Silver.
  15. Mencari restoran HALAL terdekat dengan aplikasi HALAL.
  16. Berita terkini Malaysia dan Dunia melalui surat kabar online seperti Thestar mobile, Metro Online, iHarakah dan CNN.
  17. Booking tiket kapal terbang melalui Airasia dan MHmobile.
  18. Mendengar radio SINAR dan IKIM.
  19. Menonton Astro Awani, CNN, History dan Bloomberg live dengan B.Player
  20. Live Blogging dengan aplikasi WordPress. Boleh tulis entri baru, jawab komen dan update entri lama.
  21. Boring menunggu boleh main macam-macam game seperti FIFA11 dan Angry Birds.

Banyak lagi sebenarnya kegunaa iPhone 4 bukan sekadar telefon. Ada beribu aplikasi seperti Birthday Remainder, Yassin, Cuaca setempat, Travel Guide dan beribu lagi aplikasi yang boleh membantu memudahkan kehidupan seharian aku.  Khabarnya kelebihan iPhone 4S lebih canggih berbanding iPhone 4. Ini yang dikatakan dunia dihujung jari. Kepada bakal pengguna iPhone 4S jangan jadikan iPhone 4S sekadar telefon.

Apa pulak pengalaman anda joom lah kongsikan.

Comments

Trackbacks

  1. […] 4 di lokasi berbagai negara. Begitulah hebatnya iPhone 4 seperti yang aku tulis dalam entri “iPhone 4S bukan sekadar telefon“. Setiap gambar ada nostalgia yang terpahat di […]