Imam Muda program realiti Astro Oasis bermula langkah pertama

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam kembara aku di banyak Masjid dan Surau di Malaysia sudah nampak ada perubahan yang agak ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau dahulu kita boleh bayangkan seorang Imam biasanya adalah terdiri dari yang sudah lanjut usia tetapi kini tidak. Sudah banyak Masjid dan Surau mempunyai Imam Muda dan yang paling menarik Imam Muda yang hafiz Al-Quran. Kelunakan bacaan Al-Quran imam muda sungguh menusuk kalbu dan ini pasti menjadi satu daya penarik kepada kaum muda untuk lebih dekat dengan rumah Allah yang kian sepi.

Ramadhan kian dekat dan Syaaban kian kita tinggalkan dan ini bermakna lebih ramai tenaga imam muda akan diperlukan di kebanyakkan Masjid dan Surau untuk menjadi Iman Solat Tarawih. Kebiasaannya imam muda untuk solat tarawih akan disumbangkan oleh Madrasah Tahfiz yang semakin banyak ada di Malaysia.

Peserta Imam Muda Astro Oasis

Alhamdulillah aku melihat ada sinar disebalik kekalutan masyarakat dengan berbagai isu dan penyakit masyarakat seperti Mat Rempit, Seks Bebas, Buang Bayi, Dadah dan sebagainya. Semuga kesedaran ini akan menjadi suatu titik permulaan bagi melahirkan generasi Al-Quran dan generasi Islam. Alhamdulillah fenomena Imam Muda program realiti anjuran Astro Oasis sedikit sebanyak telah membuka mata anak muda yang dahagakan ILMU ISLAM yang gagal diberikan oleh ibubapa mereka. Semuga Imam Muda program realiti Islam anjuran Astro Oasis akan menjadi langkah pertama kepada muda mudi mendalami ILMU ISLAM yang tiada batasnya.

Siapalah agaknya yang bakal menjadi imam muda pertama untuk program Imam Muda anjuran Astro Oasis??

[ad#Mangga 300]

75 Comments

  1. Assalamualaikum denai hati bagai mana kah cara untuk saya ingin menjemput pemenang Iman Muda untuk bagi ceramah di tempat saya iaitu Iman Muda Asraf

  2. suka tengok imam muda.
    hehehe.
    bosan jugak bila asyik2 rancangan realiti cari penyanyi..
    agak2nye tak sedar lagi malaysia ni dah ramai sangat penyanyi sampaikan kadang tu tak sedar kehadiran dorang.

    *saya rasa hizbur yang menang. tapi asyraf boleh tahan jugak. sebab diakan dah memang imam. entahlah. susah nak cakap. hehehe.
    Curahan rasa annadzirah @ ..Aplikasi Twitter Yang Boleh DicubaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!