Himpunan Sejuta Umat Di Shah Alam

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jika mampu mengubah dengan tangan itu yang terbaik tapi kalau tak mampu dengan tangan dengan perkataan juga boleh tetapi kalau tak mampu dengan perkataan dengan niat di hati adalah iman yang paling lemah. Berbagai isu sedang melanda umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Paling panas isu MURTAD yang bukan isu baru di Malaysia. Kelemahan ukhwah antara umat Islam diambil kesempatan sepenuhnya oleh bukan Islam.

Usaha menghimpunkan sejuta umat Islam adalah usaha yang baik untuk menjadi langkah pertama mengeratkan hubungan sesama Islam melangkaui batas fahaman politik yang selalu menjadi penghalang. Pasti himpunan sejuta umat tidak dapat mengubah banyak isu yang melanda umat Islam tetapi permulaan yang baik. Himpunan Sejuta Umat dapat menilai keutamaan Umat Islam samada politik atau Islam itu sendiri.

Kalau kita sangguh bermatian untuk menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang lebih kepada perjuangan politik kenapa tidak kita meruangkan sedikit masa menyertai Himpunan Sejuta Umat tanda sokongan kita kapada perjuangan Islam. Kalau kita tidak sayangkan Islam lebih dari politik dan segalanya, siapa lagi?

Marilah kita bersama-sama menjayakan Himpunan Sejuta Umat Islam di Stadium Shah Alam pada 22/10/2011, jam 2 – 6 pm. Kalau Himpunan Sejuta Umat gagal makna kegagalan Umat Islam untuk bersama berjuang demi Islam.

Update terkini : Mengikut laporan Thestar.com.my Himpunan Sejuta Umat dihadiri lebih kurang 5000 orang sahaja manakala mengikut laporan utusan.com.my jumlah kehadiran lebih kurang 10,000 orang. Perjuangan Islam tanpa ada balasan wang atau kuasa politik memang mujahadah.

TERKINI

28/2/20122 : Himpunan Selamatkan Akidah di Pulau Pinang, Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) – Utusan Online

 


Spread the love

94 Comments

  1. kalau nak himpun baru cari,kalau susah tanggung sendiri,orang paling miskin dan susah orang melayu bukan bangsa lain atau asing.nak sokong cari kita tapi bila senang habuk pun takda.malayu bangsa ugama pilihan hati.macam cina ugama berbilang bangsa hanya satu,sama dangan india.bila nak undi dan sokongan baru nak pakai ugama dah dapat undi,ugama lupa bangsa pun lupa.ini cara UMNO gunakan melayu untuk agenda memerintah dah bila dapat bangsa di singkir.bangsa melayu jadi rempit jadi penagih kerna dipergunakan.

  2. chii
    event ni xde pun di war2kn sgt seperti mn event2 lain..mungkin itu yg membuatkn ia kurang mndapat smbutan
    Curahan rasa chii @ ..Buat Seorang Adik

    bukan masalah tidak diwar-warkan, tapi program ini lack of leadership. Rasulullah diutus dengan aura kepimpinan yang tinggi, sebab tu kite boleh lihat betape para sahabat sedaye-upaya berjuang disisi baginda. Untuk program2 seumpama ini berjaya, mesti di tampilkan pemimpin yang mempunyai leadership yang tinggi, komitment dan integriti yang boleh diharapkan. Masyarakat sekarang dah tak mau pemimpin yang hanye pandai bercakap, mereka mahukan yang mampu buat perubahan. Mufti2 sepatutnye dipilih daripada mereka2 yang bukan hanye mempunyai ilmu dan pemahaman yang benar, tetapi juga kepimpinan yang tinggi. kenape kristian boleh maju dan menjadi ancaman di Malaysia ialah kerane mereka memilih ketua berdasarkan daya kepimpinan bukannye dengan senioriti.
    Curahan rasa Akmalnizam @ ..Dell ALIENWARE M17x & HP Touch-smart TX2My Profile

    1. Tak ramai pun Blogger yang buat coverage cerita ini. Lebih ramai yang buat coverage #OctTwtFest berbanding Himpun Sejuta Umat … gitulah kisah akhir zaman.

  3. mungkin inilah kita katakan mind set. jika pihak pro-kerajaan ingin berbuat sesuatu demi kebaikan umat islam dan agama islam, pasti pihak yang opposite akan menentang dan kasi alasan ini itu untuk membenarkan tindakan mereka. jka pula, pihak pembangkan buat sesuatu demi kebaikan umat islam dan agama, maka pihak pro kerajaan pula menolak dan memberi alasan ini itu. SOLUSINYA SATU. bersatulah semua umat islam. jangan kita lihat silap orang dimana. tapi ikutilah kerana kemana hala tuju agenda yang dibawa. jika ia bertujuan baik atas jihad fisabillilah, biar dari siapa pun.ayuh.kita ikut. barulah nampak perpaduan diatara kita saudara seagama.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!