Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Kusuf


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, fenomena gerhana bulan penuh kali kedua akan berlaku di angkasaraya Malaysia untuk tahun 2011 pada 10/12/2011 pada jam 10.05 – 10.57 pm setelah berlaku kali pertama pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.

3 hari sebelum gerhana bulan separa pada 12/1/2010 berlaku gempa bumi besar di Haiti yang membunuh 500 ribu manusia. Gempa bumi di Christhurch, New Zealand, Sulawesi dan Sumatera pula berlaku beberapa hari sebelum gerhana bulan penuh 16/6/2011. Mungkin kata-kata Kak Jie dalam blog nya ada releven “Ikut pengetahuan saya yang cetek ini, fenomena gerhana bulan sering mempunyai kaitan dengan gempa bumi“. Macam-macam kejadian sekarang yang terbaru fenomena Supermoon, semuanya untuk kita berfikir.

lunareclipse Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Kusuf

Grafik Gerhana Bulan Penuh - Sumber Google

Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh, caranya solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf seperti ada di entri panduan solat sunat gerhana.

Bagi yang ada ruang masa sila ikut program Agensi Angkasa Negara di perkarangan luar Masjid Negara bermula jam 7.00 pm dengan berbagai aktiviti antaranya melihat dengan teropong fenomena gerhana bulan penuh dan solat sunat gerhana (kusuf).

Istimewa di denaihati.com
  • eyra 4 June 2012 at 6:20 pm

    Fenomena transit planet Zuhrah pula akan berlaku pada 6 Jun 2012. (:

    http://www.ieyra.com/2012/06/gerhana-bulan-separa-4-jun-2012-transit.html

  • eyra 4 June 2012 at 6:17 pm

    gerhana bulan separa hari ini, dan kemudia menyusul pula transit planet (:

  • [...] 5. Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Kusuf - nak juga menyelit, hahahahah [...]

  • Ajib 11 December 2011 at 12:42 am

    Alhamdulillah, dalam perjalanan nak balik ke rumah sempat singgah ke masjid untuk sama-sama solat sunat gerhana bulan berjemaah di masjid. Puas Tok Bilal teriak ahli kariah menggunakan mikrofon bagi mengajak mereka solat bersama. Ironisnya, yang hadir cuma pak tua. Satu saf pun tak sampai. Memang tak wjib tapi semua ini menggambarkan sikap. Dalam perjalanan pulang, sempat melihat beberpa orang cina juga melakukan upacara sembahyang . Mungkin ada kaitan dengan gerhana ni kot. Apapun,Allah Maha Kuasa.Renung-renungkan dan selamat beramal.

  • arsyad 10 December 2011 at 10:14 pm

    langit d martapura kal-sel gelap,YA ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM SEDUNIA,TERUTAMA DI PALESTINA YAA RAB-JUGA BINASAKAN MUSUH2 ISLAM SELURUHNYA,,,,….AMIIN

  • salina 10 December 2011 at 9:56 pm

    subhanallah….tanda kekuasaan Allah…

  • fathiyyah ismail 10 December 2011 at 3:02 pm

    salam. nak share benda ni kat blog. thanks :)

    belum pernaj tengok gerhana. T_T
    Entri terbaru fathiyyah ismail – Facebook.My Profile

  • azrijohan 10 December 2011 at 11:32 am

    belum berpeluang tengok gerhana secara live lagi

  • faiz 9 December 2011 at 3:59 am

    pernah tgk waktu sekolah rendah gerhana matahari..waktu tgh hari jadi gelap mcm senja..
    Entri terbaru faiz – Musim DurianMy Profile

  • mengandung 27 June 2011 at 7:43 pm

    subhanallah..

  • Sya Isya 17 June 2011 at 9:34 pm

    Sya nak tengok, malam sebelum tidur nampak bulan penuh, bangun before subuh hujan pula. bayang bulan pun tak nampak. sedih…
    Entri terbaru Sya Isya – EPISOD AKHIR NORA ELENA. LELAKI SEPERTI SETH TAN TAK WUJUD! KALAU AKU JADI NORA…My Profile

  • eyra 16 June 2011 at 1:25 pm

    di UTP juga jelas malam tadi. sudah update di blog :) )

  • qudwa 16 June 2011 at 3:04 am

    subhanallah….
    Entri terbaru qudwa – Wordless Wednesday #2 | LOL CatMy Profile

1 2 3


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network