Evernote Smart Notebook oleh Moleskine

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bagi rakan blogger yang menggunakan gadget mudah alih seperti iPhone, iPad, Windows Phone, Android dan BlackBerry mungkin tahu tentang aplikasi Evernote, satu aplikasi yang berfungsi untuk mencatat teks ringkas sebagai nota untuk diri sendiri, petikan daripada laman web yang kita ingin simpan atau kandungan email yang diterima yang ingin diingati.

Evernote Smart  Notebook oleh MOLESKINE

28 Nov 2012, hari Rabu lepas team Denaihati telah ke event Evernote x Moleskine di mana dalam event tersebut diterangkan fungsi aplikasi Evernote, kebaikan dan kelebihan menggunakan Evernote, perkongsian dari pengguna aplikasi Evernote dan pengenalan Evernote Smart Notebook oleh Moleskine yang baru masuk pasaran Malaysia.

Evernote Smart Notebook oleh Moleskine merupakan buku nota kertas pertama yang direka khusus untuk menukar nota fizikal menjadi bentuk digital ke akaun Evernote. Nota-nota berbentuk teks, lukisan dan sebagainya boleh dimuatkan ke dalam aplikasi Evernote secara digital dengan hanya mengambil gambar nota yang dibuat di Evernote Smart Notebook menggunakan fungsi kamera yang ada pada aplikasi Evernote.

Evernote Smart Notebook by Moleskine

Nota dari Evernote Smart Notebook yang dimuatkan ke dalam aplikasi Evernote boleh ditag dan disusun secara automatik menggunakan Smart Stickers pelbagai warna yang disertakan sekali dan Evernote akan mengenalpasti setiap nota mengikut jenis Stickers yang digunakan. Ini memudahkan pengguna mencari, berkongsi dan melihat nota-nota yang telah dibuat di aplikasi Evernote.

Cara menggunakan Evernote Smart Notebook oleh Moleskine boleh tengok di laman web evernote.com/getting_started/moleskine.

Harga Evernote Smart Notebook di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, Evernote Smart Notebook disediakan dalam 2 jenis iaitu bersaiz besar pada harga RM76 dan bersaiz poket (kecil) pada harga RM103. Evernote Smart Notebook ni boleh didapatkan di kedai buku Cziplee Books & Stationery atau boleh juga melalui online di laman web www.moleskineasia.com.

Setiap pembelian Evernote Smart Notebook didatangkan dengan kupon penebusan untuk dapatkan Evernote Premium secara percuma selama 3 bulan. Evernote Premium memberikan kuota muat naik bulanan yang lebih besar, lebih pilihan perkongsian, nota secara offline dan banyak lagi. Boleh baca kelebihan menggunakan Evernote Premium.


Spread the love

55 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!