Dokumen yang perlu untuk memohon visa umrah dan haji keluarga

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pengalaman masam manis berniaga di bulan Ramadan“. Kali ini Abang nak berkongi bagaimana  memohon visa umrah dan haji untuk yang pergi bersama keluarga.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Pergi umrah dan haji sekarang tidak  semudah dahulu sehingga ramai yang tidak dapat menunaikan ibadah umrah dan haji bukan kerana tidak mampu tetapi dokumentasi yang tidak lengkap terutama kepada keluarga kedua bagi yang berpoligami. Kalau dahulu mudah sahaja boleh tumpang mahram tidak perlu dokumentasi  tetapi kini tiada lagi cara pendek begitu.

Untuk memohon visa umrah dan haji berkeluarga dokumen yang wajib ada adalah

  1. Surat beranak semua yang berusia bawah 45 tahun
  2. Sijil Nikah untuk pasangan yang sudah berkahwin
  3. Kad  Pengenalan ketua keluarga

Pengesahan Surat Beranak

Surat beranak perlu di buat salinan kemudian disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran. Jabatan Pendaftaran Negara ada menyediakan kaunter khas untuk pengesahan surat beranak tanpa dikenakan bayaran. Pastikan bawa surat beranak asli untuk pengesahan.

Pengesahan Kad Pengelanan

Kad pengenalan ketua keluarga perlu di buat salinan kemudian disahkan oleh Jabatan Pendaftaran yang berhampiran. Jabatan Pendaftaran ada menyediakan kaunter khas untuk pengesahan kad pengenalan tanpa dikenakan bayaran. Pastikan bawa kad pengenalan asli untuk pengesahan.

Pengesahan Sijil Nikah

Sijil Nikah perlu di buat salinan kemudian disahkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri pasangan berkahwin. Jabatan Agama Islam ada menyediakan kaunter khas untuk pengesahan sijil nikah tanpa dikenakan bayaran. Pastikan bawa sijil nikah asli untuk pengesahan. Tanpa sijil nikah yang disahkan  oleh Pejabat  Agama Islam memang tak boleh dapat visa untuk pasangan suami isteri. Masalah biasa berlaku kepada pasangan poligami yang berkahwin di luar negara.

Beri kuasa kepada anak sebagai ketua mahram

Bapa dibenarkan memberi kuasa mahram kepada  anak lelaki yang berusia melebihi 18 tahun. Borang khas beri kuasa perlu diisi untuk setiap ahli keluarga yang bermahramkan anak lelaki tersebut. Borang tersebut perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Setiap borang dikenakan yuran RM4.

Pengesahan Wisma Putra

Semua borang yang disebut di atas setelah mendapat pengesahan daripada Jabatan berkaitan perlu dibawa ke Wisma Putra Putrajaya untuk pengesahan. Semua dokumen yang telah disahkan perlu ditujuk kepada kerana kaunter untuk menampat no giliran du Bahagian Konsular Wisma Putra. Pengesahan dokumen di Wisma Putra tidak dikenakan yuran.

Semua dokumen yang telah disahkan oleh Wisma Putra perlu di serahkan kepada Travel Agen Umrah untuk diserahkan kepada Kedutaan Aran Saudi untuk proses pengeluaran Visa Umrah. Visa umrah akan dikeluarkan tertakluk kepada kuasa Duta. Biasanya kalau dokumen lengkah mudahlah nak dapat visa umrah.

Dokumentasi yang sama juga diperlukan untuk memohon visa haji terutama kepada yang pergi suami  isteri dan dengan keluarga.

Kepada yang belum pernah menjejakkan kaki di bumi haram, azam sungguh-sungguh jangan fikir duit tak cukup kerana apabila ALLAH pilih pasti ada caranya. Belum tentu yang sihat, yang banyak duit terpilih kalau tiada niat yang bersungguh-sungguh untuk menjadi tetamu ALLAH. Selamat mengerjakan umrah dan haji kepada yang terpilih menjadi tetami Agung.

Amir Denaihati
Founder  Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

32 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!