Doa Untuk MH370

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebak di hati setiap kali ingat, membaca berita terkini dan mendengar kisah mangsa MH370 dah seminggu berlalu masih menjadi misteri. Apalah salah aku sehingga ALLAH uji kita sehebat ini tetapi janji ALLAH telah nyata setiap ujian diberi kepada yang mampu sahaja tidak lebih tidak kurang.

BREAKING NEWS : KENYATAAN AKHBAR PM NAJIB RAZAK PENGESAHAN KEHILANGAN MH370 DI LAUTAN HINDI.

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35] 

Penyelamat lebih daripada 12 negara telah digerakan dengan menggunakan kapal, kapalterbang dan helikopter yang tercanggih serta setelit NASA dan China masih gagal merungkai hijab yang ditutup. Sehingga hari ini lokasi terakhir koordinat MH370 pun masih menjadi misteri. Inilah batas kuasa manusia tetapi jangan pernah putus asa dan terus berusaha mencari dan marilah kita semua merayu kepada ALLAH dan teruskan Doa Untuk MH370.

Doa untuk MH370

ALLAH SWT tidak akan menguji manusia tanpa sebab seperti misteri kehilangan MH370 yang telah menyatukan rakyat Malaysia melainkan yang keras hati terus mengutuk dan memperkecilkan kejadian ALLAH SWT. Ujian ALLAH SWT ada yang perlu dilalui sekelip mata, ada yang berhari-hari, ada yang berminggu-minggu malah ada yang bertahun-tahun semuanya ada hikmahnya. Jangan menuding jari semua berlaku atas salah setiap rakyat Malaysia yang asyik berbalah sehinggalah apabila diuji seperti ini masih lagi nak berbalah.

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31) 

Marilah kita muhasabah diri hentikan bertelingkah terutama soal politik kerana ALLAH sentiasa melihat apa yang kita buat jadi jangan sentiasa menyangka kita lebih baik daripada orang lain. Sekali ALLAH SWT seperti misteri MH370 kita sudah tidak mampu merungkai dan ramai yag sudah hilang fokus serta hilang sabar. Apa agaknya akan berlaku kalau pesawat MH370 masih tidak ditemui dalam tempoh yang lebih lama pasti ramai yang akan hilang pertimbangan.

Doa untuk MH370

Mari kita terus berdoa untuk MH370 semuga ALLAH beri semua kesabaran dan dipertemukan dengan mangsa dalam apa juga keadaan. Berikut adalah sebahagian doa dan harapan sahabat-sahabat untuk MH370 :

Bicara mungkin tidak mungkin akan meleraikan hati duka. Tetapi percayalah, Tuhan tahu kesedihan dan keluhan anda. Biar orang lain tidak tahu tapi Tuhan tahu. Segalanya mungkin. Banyakkan berdoa dan berharap pada yang Maha Kuasa – Hasrul Hassan

Semakin berat Ujian Allah buat hambaNya.. semakin dekat Dia dengan Kita. Bertabahlah.. Jangan berhenti berharap & doa.. SesungguhNya Rahsia Allah ini ada hikmahNya.. Merapatkan manusia pada pencipta saat duka yang masih tiada penyembuhnya. Semoga Semua mangsa MH370 di lindungi Allah – Suria Lekatlekit

Hidup tidak selalu memberikan kisah yang manis, tetapi nikmatilah & ingatlah kisah kebersamaan dengan orang yang kita rindukan itu. Kekalkan itu didalam fikiran kita dan berdoalah pada Tuhan. Dia punya jawapan jauh lebih baik dari segala media didunia ini. MH370 menjadi milik kita semua. Didalam doaku ada MH370 disebutkan, bukan sekadar Krew & Penumpang tetapi ahli keluarganya juga. Kuatkan hatimu dengan datang dan bersandar penuh pada Pencipta. – Precious Cla

Kepada keluarga mangsa pesawat MH370. Bertabahlah. Kuatkan semangat anda. Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya. Bersabarlah. Semoga para penumpang pesawat MH370 akan pulang dengan selamat. Amiin – Afifi Shamsuri

Tiada apa selain kata dan doa, kami selaku pihak media blogger berdoa agar pesawat MH370 yang hilang dapat ditemukan dalam keadaan yang selamat. Kepada penyebar media di luar sana, kami mohon agar tidak mengeluarkan spekulasi yang tidak benar demi menjaga perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat. Semoga Allah membuka pandangan kita agar dapat bertemu dengan pesawat MH370. teruskan berdoa dan jangan putus asa.  – Amirul Syahnaz

Keep Holding On. What ever happened, just stay strong! RencanaNya adalah yang terbaik…! Semoga dipermudahkan segalanya….InshaAllah…Amin! – Najeeb E. Abdullah

Bismillahirahmanirahim,begitu sukar untuk saya ungkapkan kehilangan pesawat #MH370 wlaupun bkn saya yang mengalaminya,namun sebagai manusia biasa,sebak dan sedih apabila mndengar berita tersebur,apakan daya tiada kuasa melainkan Allah,teruskan berdoa, Allah :)ingin mendengarnya – Sharina

Saya mewakili Blogger Borneo Network turut memberikan semangat kepada para keluarga penumpang pesawat MAS MH370. Yakinlah bahwa semua peristiwa ini kehendak Yang Maha Kuasa, semoga Allah memberikan keputusan yang terbaik atas kejadian ini. – Dwi Wahyudi

Hanya doa yang mampu aku panjatkan kepada Yang Maha Pencipta & Pemilik segala kerahsiaan alam.. Semoga Allah swt sentiasa memberi ketabahan kepada keluarga mangsa seluruhnya dlm menghadapi situasi yang tidak terduga ini.. aamiin, aamiin ya Rabbal alamin… – Khir Khalid

Semoga ujian yang kita hadapi ini membuatkan kita semakin hampir dengan Allah SWT . Berdoa, bersabar dan lakukanlah solat disepertiga malam sehingga kita merasai ni’ mat sebuah ujian yang mengandungi pendidikan yang sungguh dalam maknanya. Ustazah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua. – Ustazah Ain 

Ini hanya sebahagian daripada doa dan harapan daripada rakan sosial media yang telah dicatatkan di Doa Untuk MH370. Semuga kawan sosial media dan blogger dapat berkongsi dengan seberapa ramai yang boleh kawan-kawan untuk berkongsi doa dan harapan di SINI. Kongsikanlah di FB, Twitter, Instagram dan entri blog untuk ajak kawan-kawan kita berkongsi rasa hati semuga ALLAH melihat dan memperkenankan doa kita. Boleh juga tampal banner Doa Untuk MH370 ada di sidebar blog ini di blog anda. Setiap kali kita MEMBERI doa untuk MH370 inshaa ALLAH para malaikat juga akan berdoa kebaikan untuk kita jadi tidak rugi untuk kita terus berdoa.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214] 

Apa lagi yang mampu kita buat selain berusaha, tawakal dan berdoa merayu bersungguh-sungguh kepada ALLAH tapi jangan sekali mengunakan cara yang tidak mengikut syarak seperti bomoh dan sebagainya.

Doa Nabi Muhamad SAW : ”Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS. Al-Baqarah : 286) 

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Hari tu saya pun ada sign di board MH370 dekat airport…memang sedih memikirkan nasib mereka… :(
    Entri terbaru Vander Good – Hari Inovasi : Produk daripada buah TarapMy Profile

Trackbacks

  1. […] Sangat diharap semuga semua keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terlibat dapat BERSABAR menunggu berita kehilangan misteri pesawat MH370. Sila hubungi MAS pada talian 03 7884 1234 untuk sebarang maklumat terkini. Rakyat Malaysia dan Dunia mendoakan semuga usaha mencari kehilangan misteri ini dipermudahkan ALLAH SWT. Kami turut sama bersedih dan akan terus berdoa. Kongsikan doa untuk MH370 di SINI. […]

Artikel pilihan...close