Denaihati - Hidupkan untuk memberi

Cinta Dari Kaabah

Artikel diterbitkan pada 25-08-2011 10:06

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa hari lepas seorang sahabat yang sedang mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan call dari Mekah bertanyakan khabar. Sepatutnya akulah yang  bertanya khabar dia tapi apa nak buat kawan aku tu lansung tak sms no hp sana jadi tak dapatlah aku nak call atau sms. Teringin sungguh nak mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan tetapi masih belum dipilih oleh ALLAH SWT. Insyallah azam tahun depan.

Rindu kepada Kaabah memang tidak pernah hilang kepada sesiapa jua yang sudah menyaksikan sendiri kehebatan Kaabah. Kali pertama menjejaki kaki di Masjidil Haram pasti mata akan mencari-cari dimanakah objek hebat Kaabah. Apabila melihat sahaja Kaabah pasti akan terus jatuh cinta, rasa sayu dan syahdu menyusup jiwa. Terasa sangat kebesaran ALLAH SWT dan teringat betapa mujahadahnya Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s membina Kaabah. Teringat juga bagaimana Rasulullah SAW berjuang untuk menghapuskan  Jahiliyah Arab dengan memusnahkan 360 berhala yang terdapat disekeliling Kaabah.

Melihat jemaah tua dari Turki dan Iran yang terus sujuh sambil menangis meraung apabila melihat Kaabah menambahkan lagi sayu hati dan terasa terlalu banyak dosa dengan ALLAH SWT. Multazam Kaabah menjadi tempat untuk menangis memohon keampunan di atas segala keterlanjuran yang pernah dilakukan sepanjang hidup yang sebentar ini. Mengharap rahmat ALLAH SWT di bawah Pancur Emas Kaabah untuk dibawa pulang untuk dikongsikan bersama keluarga. Tidak jemu minum Air Zam Zam di hadapan Kaabah sambil berdoa diberi kesihatan, ilmu yang bermanafaat dan rezeki yang luas.

Kepada Rakan Blogger yang belum menjejaki kaki di Tanah Haram, Mekah sujud di depan Kaabah azam dengan sepenuh hati dan berdoa supaya dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamu-Nya. Duit, kakayaan, kelapangan masa dan kesihatan bukan syarat utama untuk menjadi Tetamu ALLAH SWT. Berapa ramai yang banyak duit, sihat tubuh badan dan mempunyai masa tetapi tidak dipilih menjadi Tetamu ALLAH SWT. Berapa ramai pula yang kurang duit, tidak sihat dan sibuk dengan berbagai tugasan tetapi dipilih oleh menjadi Tetamu ALLAH SWT. Formulanya mudah mesti ada azam yang sangat kuat melebihi 100% dan sentiasa berdoa selebihnya hak ALLAH SWT untuk memilih kita. Kebanyakan daripada kita banyak memberi berbagai alasan sehingga alasan itulah yang menjadi penghalang antara kita dengan ALLAH SWT.

Janji ALLAH SWT tidak akan ada yang miskin kepada hambanya yang menziarahi rumah ALLAH SWT, KAABAH. Cinta kita kepada ALLAH SWT semakin bertambah itulah yang dikatakan Cinta Dari Kaabah.

Kepada pencari kisah Drama Cinta Dari Kaabah sila lansung ke Sinopsis Drama Cinta Dari Kaabah.

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • lowongan kerja December 7, 2011 at 1:54 pm

    setiap muslim pasti menginginkan umrah and naik haji tapi kan ga semua bisa melaksanakannya…
    Entri terbaru lowongan kerja – Anugerah Perdana is a new established Micro Finance organization and looking for some staff members as an Auditor (Code AU) and a Receptionist/AdminMy Profile

  • waloetz November 25, 2011 at 8:29 pm

    salam hangatt salam 1dunia…
    Entri terbaru waloetz – SERIBU PERNAK PERNIK PONSEL ANDROIDMy Profile

  • sensasi2020 September 7, 2011 at 2:15 am

    Kita semua diwajibkan menunaikan haji sekali dlm seumur hidup pada yg mampu. Semoga Allah menberi keizinan kpd ku utk menjadi tetamumu di tanah suci.Amin….
    Entri terbaru sensasi2020 – Diet Legakan Usus RengsaMy Profile

    • denaihati September 7, 2011 at 9:00 am

      Mampu itu bukan sahaja DUIT tetapi kesungguhan kita berazam untuk menjadi tetamu ALLAH SWT. Kepada yg berazam bersungguh2 pasti ALLAH SWT tunjuk jalan walaupun ketika itu kita tak cukup duit.

  • hafizal September 5, 2011 at 10:49 am

    betul tu…dapat pergi menunaikan haji hati sungguh tenang dapat beribadat
    Entri terbaru hafizal – KAPTEN Skuad Bola Sepak Kebangsaan Safiq Rahim Ke EropahMy Profile

  • hafizal September 5, 2011 at 10:48 am

    ALHAMDULILAH….keberkatan syawal
    Entri terbaru hafizal – Tips Keselamatan Di JalanrayaMy Profile

  • ainun September 3, 2011 at 4:34 am

    cinta untuk kaabah….ku menunggu saat dan ketikanya untuk bertemu
    Entri terbaru ainun – Selamat Hari MerdekaMy Profile

  • Pemenang Duit Raya RM1000 Ramadhan 2011 August 29, 2011 at 1:22 pm

    [...] 94 penyertaan memilih link yang hampir sama terutama untuk tajuk “Cinta Dari Kaabah“. Terima kasih kepada yang memilih “Cinta Dari Kaabah” sehingga meletakan Blog [...]

  • ROJAK August 28, 2011 at 8:09 pm

    makkah adalah sebaik-baik tempat di dunia. Rojak berhasrat nak tunaikan haji..dapat sekali pun cukuplah. orang kaya bolehla pergi umrah selalu..
    Entri terbaru ROJAK – KetupatMy Profile

    • munir ardi August 29, 2011 at 1:58 am

      semoga dapat tercapai hasratnya saya yakin semua umat islam punya hasrat itu
      Entri terbaru munir ardi – Happy Eid.ul FitrMy Profile

  • Izuddin August 28, 2011 at 1:17 pm

    Subahanallah.. mmg x tergambar apabila dpat sujud betul2 didepan kaabah.. Rindu…

  • Hybrid car August 28, 2011 at 12:59 pm

    Apalah manusia itu di hadapan Tuhan. Hanya sebutir kecil debu…
    Entri terbaru Hybrid car – Celebrities That Drive Hybrid CarsMy Profile

  • RA Zuhairi August 27, 2011 at 11:31 pm

    semoga diberi peluang untuk mengerjakan UMRAH pada tahun hadapan….denaihati taknak wat contest ke????hehehe kalau menang dapat pegi UMRAH…

  • yangbaik August 27, 2011 at 11:14 pm

    entry yang menarik untuk dibaca dan perlu didalami maksudnya…
    Entri terbaru yangbaik – Selamat Hari Raya Eidul FitriMy Profile

  • sjiehan August 27, 2011 at 10:47 pm

    tajuk besar ni! tahniah bro… mengagungkan tempat suci umat islam…

1 2 3 4