Cara Meningkatkan Trafik Blog

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama tak kongsi tips cara meningkatkan trafik blog kali terakhir entri “15 Cara Meningkatkan Trafik Blog“. Kali ini nak kongsi sedikit ilmu cara meningkatkan trafik blog yang diperolehi ketika hadir bengkel Malaysia Bloggers and Social Media Week 2012. Ilmu ini diperolehi daripada James Craven, MD Hybridnewsgroup.com. Berikut beberapa tips cara meningkatkan trafik blog yang sudah diolah mengikut kesesuaian penulisan blog.

1. Pastikan blog mesra SEO. Sebelum memilih theme untuk blog pastikan theme tersebut mesra SEO bukan sekadar cantik nanti boleh jadi kes macam blog Yanmieonline.

2. Pilih tajuk entri yang menarik perhatian pembaca tetapi tidak perlulah tajuk lucah. Memanglah tajuk lucah boleh menarik perhatian ramai terutama golongan muda tetapi bukan semua pembaca selesa dengan entri lucah.

3. Sesekali buat entri yang kontroversi seperti entri “Himpunan Hijau 2.0 dan Lynas” tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama. Pasti ada pembaca yang tidak bersetuju jangan lawan biarkan mereka melepaskan geram manalah tahu mungkin mereka boleh bertukar menjadi pembaca setia blog anda.

4. Buat entri senarai top 10 yang pasti akan dicari oleh ramai pembaca seperti “top 10 richest man in Malaysia‘, “top 10 blog cantik blogger perempuan perempuan Malaysia“, “top 10 blog Malaysia paling popular 2011“, “top 10 hotel di Kuala Lumpur” dan “top 10 blog melayu Malaysia 2011“.

5. Projek kerjasama antara Blogger seperti projek karaoke blogger oleh beberapa Blogger top Malaysia antaranya Eyriqazz, Teratakarmo, The Singing Blogger Zarulumrella dan Madammondoq. Cuba tanya blogger top Malaysia adakah projek mereka ini meningkatkan trafik blog?

Semuga tips ini dapat membantu rakan blogger baru dan lama. Ilmu biar sedikit tetapi yang paling penting diamalkan. Kalau nak tips yang bagus tunggukan eBook SEO hasil tulisan Ariffshah. Nak info lebih cara meningkatkan trafik blog selongkar je entri kat related posts bawah tu.

---

  1. Good articles. I have read the articles. It’s Good Triks. I Like It. Thank you
    Entri terbaru Berbagi Info – StonehengeMy Profile

Trackbacks

  1. […] 7) Cara Meningkatkan Trafik Blog […]

  2. […] Backlinks Penting Idea untuk Blogger baru Hati-Hati Dengan Hidden Links Bila Menggunakan Plugin Cara Meningkatkan Trafik Blog Bagaimana Menggunakan Tags Untuk SEO? Belajar SEO On-Page Daripada Analisis SEOMoz Pro Kenapa […]

  3. […] DENAIHATIProjek Review Ultrabook ToshibaCara Meningkatkan Trafik BlogLiverpool vs Arsenal and EPL 2011/12 Results Week #27 BLOG BARDBOOTheme WordPress Mesra SEOPenulis […]

  4. […] Sebenarmya saya saja je nak cuba berjinak-jinak dengan SEO. Sebabnya seronok plak bila trafik blog naik mencanak-canak bila saya buat entri tentang penderaan di taska dan juga gambar anak perempuan Mawi. Lagipun bro Denaihati ada tekankan tentang penggunaan theme mesra SEO di entri terbarunya: Cara Meningkatkan Trafik Blog. […]

Artikel pilihan...close