Buffet Ramadhan 2012 Nostalgia P.Ramlee di Eastin Hotel


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mungkin kerana kedudukan blog Denaihati untuk keywords “Buffet Ramadhan” di Google.com.my maka team Denaihati dijemput hadir ke sidang akhbar Program Nostalgia P. Ramlee yang diadakan di Eastin Hotel, Petaling Jaya. Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Eastin Hotel Petaling Jaya akan mempromosikan makanan kegemaran Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sepanjang bulan Ramadan bermula 21 Julai – 18 Ogos 2012 di Swez Brasserie, Eastin Hotel, PJ. Di sidang akhbar yang diadakan itu kami dapat rasa sendiri menu makanan kegemaran. Memang sedap!

program nostalgia p ramlee Buffet Ramadhan 2012 Nostalgia P.Ramlee di Eastin Hotel

Diketuai oleh Executice Chef Alex Leong, pasukan chef di Eastin Hotel Petaling Jaya akan menyediakan hidangan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di samping hidangan tradisional tempatan, Middle East, Japanese dan Western membuatkan hidangan bufet makan malam yang sangat menarik sepanjang bulan Ramadhan nanti. Harga buffet ramadhan adalah dari RM98++ (adult) RM49++ (children)EARLY BIRD PROMOTION: For every 5 paying diners 1 dines for free from 21 July to 28 July, 2012. Offer valid till 28 July, 2012.  GROUP PACKAGE PROMOTION : For every 20 paying diners get 10% OFF from 30 July to 18 August, 2012. Offer valid till 18 August, 2012 at Swez Brasserie. For reservations or for more information, call Swez Brazzerie, Eastin Hotel PJ, at +603-7628 7397. (Bilik Solat disediakan).

makanan eastin hotel Buffet Ramadhan 2012 Nostalgia P.Ramlee di Eastin Hotel

Antara makanan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ialah kari ikan bawal berbendi, ikan kering/masin, burung puyuh goreng, ayam goreng, sambal belacan, bubur kacang, cekodok pisang, mee/bihun goreng dan air kopi O sejuk.

makanan p ramlee suka1 Buffet Ramadhan 2012 Nostalgia P.Ramlee di Eastin Hotel

Pengurus Besar Eastin Hotel Petaling Jaya, Ms Jane Suppiah memberitahu,

“Dari semasa ke semasa, kami memperkenalkan pelbagai promosi makanan untuk menyediakan tetamu dengan pengalaman makan yang baru. Dalam masa yang sama juga ingin mewujudkan sebuah sosial korporat yang bertanggungjawab selain hanya menampilkan makanan. Orang di seluruh dunia sering mula mendapat tahu tentang Malaysia melalui pelbagai warisan budaya dan masakan makanan. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan satu ikon dalam warisan negara kita yang bukan saja diiktiraf di Malaysia, malah juga di seluruh rantau ini.

Oleh itu, bulan Ramadhan adalah masa yang sesuai untuk kita mengakui dan mengenang sumbangan beliau dalam industri seni karya sastera tanah air kita. Melalui penyediaan makanan kegemaran beliau sebagai satu kenangan tentang muzik dan lagu beliau pasti akan mewujudkan satu suasana dan pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan.”

makanan p ramlee suka2 Buffet Ramadhan 2012 Nostalgia P.Ramlee di Eastin Hotel

makanan kegemaran p ramlee3 Buffet Ramadhan 2012 Nostalgia P.Ramlee di Eastin Hotel

Selain mempromosikan makanan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, pihak Eastin Hotel juga turut mengadakan aktiviti yang mengetengahkan filem-filem beliau, lagu-lagu nyanyian beliau dan acara lain seperti pameran oleh Arkib Negara Malaysia yang memaparkan poster filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee serta gambar-gambar dan artifak dari era seniman agung terebut. Selain itu, rakan rapat Allahyarham seperti Datuk Aziz Satar, Mariani, Tan Sri Jins Shamsuddin, Ramli Ismail dan Datuk Sony Abdullah akan membuat penampilan khas.

pameran di mana kan ku cari ganti Buffet Ramadhan 2012 Nostalgia P.Ramlee di Eastin Hotel

eastin hotel petaling jaya Buffet Ramadhan 2012 Nostalgia P.Ramlee di Eastin Hotel

Terima kasih tidak terhingga kepada Eastin Hotel yang sudi menjemput kami semuga sedikit sebanyak dapatlah kiranya blog Denaihati memberi sumbangan memperingati Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang sentiasa ada di dalam hati Rakyat Malaysia. Kalau nak tahu lebih lanjut sila hubungi Eastin Hotel seperti detail di bawah ini.

EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel: +603-7665 1111  /  Fax: +603-7665 9999
Laman Web: Eastin Hotel Petaling Jaya
Facebook: facebook.com/eastinhotelpj

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Blog Keperawatan 25 September 2012 at 11:42 pm

    Banyak juga makanan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Hikmah Keutamaan HajiMy Profile

    • Blog Keperawatan 25 September 2012 at 11:43 pm

      Diantara kegemarannya beliau adalah kari ikan bawal berbendi, ikan kering/masin, burung puyuh goreng, ayam goreng, sambal belacan, bubur kacang, cekodok pisang, mee/bihun goreng dan air kopi O sejuk.
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Hikmah Keutamaan HajiMy Profile

      • Blog Keperawatan 25 September 2012 at 11:43 pm

        Ayam goren dan sambal belacan di Indonesia sepertinya ada juga
        Entri terbaru Blog Keperawatan – Hikmah Keutamaan HajiMy Profile

        • Blog Keperawatan 25 September 2012 at 11:46 pm

          Hanya saja istilahnya yang berbeda
          Entri terbaru Blog Keperawatan – Hikmah Keutamaan HajiMy Profile

  • MENU 2 July 2012 at 11:20 am

    hebat hotel ni…habis dia korek menu kegemaran Tan Sri…memang terbaik laaa…
    Entri terbaru MENU – Ramadhan Datang LagiMy Profile

  • [...] Diketuai oleh Executice Chef Alex Leong, pasukan chef di Eastin Hotel Petaling Jaya akan menyediakan hidangan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di samping hidangan tradisional tempatan, Middle East, Japanese dan Western membuatkan hidangan bufet makan malam yang sangat menarik sepanjang bulan Ramadhan nanti. Harga buffet ramadhan adalah dari RM98++ (adult) RM49++ (children). EARLY BIRD PROMOTION: For every 5 paying diners 1 dines for free from 21 July to 28 July, 2012. Offer valid till 28 July, 2012.  GROUP PACKAGE PROMOTION : For every 20 paying diners get 10% OFF from 30 July to 18 August, 2012. Offer valid till 18 August, 2012 at Swez Brasserie. For reservations or for more information, call Swez Brazzerie, Eastin Hotel PJ, at +603-7628 7397. (Bilik Solat disediakan). Article courtesy : http://denaihati.com/buffet-ramadhan-2012-nostalgia-p-ramlee-di-eastin-hotel [...]

  • Blog Keperawatan 21 June 2012 at 1:02 am

    Manu masakan yang sangat menarik
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Bayi Anak Alergi SusuMy Profile

    • Blog Keperawatan 21 June 2012 at 1:03 am

      dan sepertinya lezat-lezat sekali menunya
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Bayi Anak Alergi SusuMy Profile

      • Blog Keperawatan 21 June 2012 at 1:03 am

        sangat menggiurkan menu masakannya
        Entri terbaru Blog Keperawatan – Bayi Anak Alergi SusuMy Profile

        • Nana 4 July 2012 at 11:54 pm

          terasa ingin sekali menikmati hidangan….

  • sensasi2020 20 June 2012 at 11:18 pm

    Dari mana asal semua masakan yg gemari oleh P.Ramlee hinggakan hotel pun sanggup cari maklumat ttg p.Ramlee
    apa yg digemarinya semasa mengadap hidangan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Apa Yang Laku Di Ketika Ini?My Profile

  • sensasi2020 20 June 2012 at 11:15 pm

    Biasanya kerja2 masakan ini yg dah lama bekerja dan byk pengalaman, hinggakan masakan kegemaran P.Ramlee pun mampi dipraktikkan dan dipromosikan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Apa Yang Laku Di Ketika Ini?My Profile

  • sensasi2020 20 June 2012 at 11:09 pm

    Tentu chefnya yang berpengalaman banyak dan dah lama berkecipung di arena masakan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Pemain Gimnastik MudaMy Profile

  • sensasi2020 20 June 2012 at 11:07 pm

    Dah lama tak pergi Petaling Jaya, Selangor tu,
    Bila cuti sekolah aja, kerja membuat semakin meningkat, majikan tidak lepaskan bercuti.
    Entri terbaru sensasi2020 – Pemain Gimnastik MudaMy Profile

  • sensasi2020 20 June 2012 at 11:05 pm

    Bilalah dpt merasai masakn hotel di sini,
    Begitu menyelerakan, lebih2 lagi yg digemari oleh Seniman Agung P.Ramlee.
    Entri terbaru sensasi2020 – Pemain Gimnastik MudaMy Profile

  • Rina As 19 June 2012 at 11:57 am

    Lezatnya masakan di atas
    selamat menikmati denaihati..
    Entri terbaru Rina As – Cara Membuat Internal Redirect Pada Halaman BlogspotMy Profile

    • Nana 4 July 2012 at 11:55 pm

      lazat dan menyelerakan sekali…

  • Portal Kesehatan 18 June 2012 at 9:58 pm

    Menunya sepertinya lezat sekali
    Entri terbaru Portal Kesehatan – Pengertian SehatMy Profile

1 5 6 7


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network