Blog Yang Mudah Dikenali Berbanding Yang Lain

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, alhamdulillah kali ni seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah hasil tulisan daripada saudara Paly, pemilik blog Paly.my. Joom sama-sama kita baca.

Memang kita seronok dalam belajar berblog, betul tak? Macam mana nak buat tu, macam mana nak buat ni, kenapa yang ni tak menjadi, bagaimana nak letak kat situ, kenapa yang ni boleh berkesan dan lagi ribuan tips kat luar sana untuk dipelajari.

Setiap kali kita membaca sebuah post, dari situ dah dapat tips yang boleh dipelajari sebab setiap post ada keunikan tersendiri.

Apa Yang Dimaksudkan Begitu?

Aku sendiri kurang mengerti hal-hal macam ni bila aku baru menyertai dunia blog yang luas di Malaysia ni. Apa yang terpikir sepanjang masa adalah menjadi blogger – menulis dalam blog untuk dikongsi kepada pengguna internet.

Buat satu blog dan branding tersendiri

Jadi, proses berblogging mula dijalankan – blog dibuat dan menulis pelbagai entri untuk dikongsi. Setelah berbulan-bulan buat apa yang kita dah belajar tapi hasilnya, tiada. Kenapa?

Tulis Dengan Cara Tersendiri

Aku setuju sebab itu yang aku belajar. Tulis dengan cara tersendiri. Ada juga masa yang aku terfikir, siapa nak baca apa yang aku kongsi! Aku bukan la pandai sangat dalam bab menulis dan yang pastinya, aku tak tau banyak dalam hal berblogging.

Kebanyakkan blogger mesti ada terasa diri ni tercabar dengan blog-blog lain, termasuk diri aku. Banyak blog yang aku terjah dan impression yang aku dapat bagi adalah blog diorang menarik dan professional, itulah yang membuatkan aku terasa tercabar dan ingin ikut jejak diorang semua.

Tapi, bila tengok balik, ada di kalangan mereka baru menjadi blogger tapi sudah hebat, sama seperti aku atau blogger-blogger baru yang lain, cuma belum jadi hebat je lagi.

Bila aku fikir balik, senang je. Jadi diri sendiri, menulis dengan cara yang unik, tersendiri. Ada orang yang baca kandungan blog kita dan berkongsi pada yang lain, ada yang tak suka, so biarkan begitu, as simple as that.

Berdiri Tegak Berbanding Yang Lain

Aku mula berblogging menuju ke arah tersebut. Berkongsi pelbagai cerita dan maklumat dengan gaya aku dan ikhlas dalam berkongsi.

Bila dah menulis, bukan la bermaksud dah terus dapat trafik gempak. Ada je kerja keras kena buat untuk penulisan aku ni dikenali, dibaca, dikongsi dan mudahan2 yang datang membaca akan kembali lagi, itu yang penting.

Seronok bila dah ada pembaca sebab ada juga seseorang yang boleh diorang hubungkan dengan aku – bila aku geram dengan sesuatu tak munasabah, diorang pun turut terasa macam tu.

Akhirnya, kita tak berblogging berseorangan lagi dah. Ada juga yang berkongsi isu dengan diri kita, satu perkembangan yang bagus.

Dengan cara ini, ia dapat membantu kita dan blog kita untuk berdiri tegak berbanding blog-blog yang lain. Kita semua individu yang ada keunikan tersendiri, bukan aku seorang je. Walaupun kita ada kembar, mungkin pada zahir sama tapi dalam berblogging, tidak sama sekali.

Ada yang suka dengan penulisan kita dan ada yang tak, itu adalah satu kebiasaan.

Macam Mana Nak Jadi Diri Sendiri

Tulis post seperti kita bercakap dengan kawan. Buat lawak kalau ada yang kita buat silap. Ada pembaca tak tahu sesuatu, kita kongsikan kepada mereka. Ajar mereka apa yang kita dah belajar atau kongsi cara yang kita guna. Buat giveaway untuk memberi sesuatu yang berharga – ini semua boleh menjadi alasan untuk mereka berkenalan dengan kita.

Jadi je diri sendiri, tak perlu terlalu obses untuk menjadi professional. Ada yang tak suka dengan seseorang yang terlalu serius. Loosen them up, jadi penulis yang mudah dirapati.

Kita menulis juga untuk membina satu hubungan. Hubungan terjalin secara tak langsung antara penulis dan pembaca membuatkan si penulis terus bersemangat untuk berkongsi dan si pembaca akan terus kembali untuk hayati kandungan blog.

Hubungan antara penulis-pembaca dapat membawa jauh lebih dalam seperti bercakap melalui sosial media, video talk melalui Skype, berjumpa dalam suatu majlis dan mengacara suatu aktiviti luar dalam satu komuniti masyarakat.

Kawan bertemu kawan – itu yang aku dapat tengok bila hubungan semakin dalam dan erat. Dengan menulis post yang menarik dan unik, itu sudah cukup untuk pembaca datang berulang kali dari semasa ke semasa.

Tidak lupa juga, letak sedikit personaliti diri kita dalam menulis post. Jadi diri sendiri, itu yang terbaik dan itu adalah professional untuk diri kita.

Hmm. Macam mana pula dengan korang semua? Aku pun teringin juga untuk membaca kisah dan pengalaman korang. Jangan malu dan segan, kongsi je. Mungkin ada yang boleh aku dan rakan-rakan yang belajar dari pengalaman korang sendiri.

Aku sangat hargai jika post ini dikongsi kepada rakan-rakan yang lain. Mana tahu ada yang mereka ingin cuba dan dapat ketengahkan blog berbanding yang lain.

Credit gambar: college2startup.tumblr.com, macleanspace.com

---

  1. Menarik..tips yang berguna..saya pun baru berjinak dengan dunia blog walaupun dah berbulan lamanya..saya pun masih belum faham bagaimana nak letak itu , nak letak ini..tengok blog orang nampak best..dalam proses pembelajaran
    Entri terbaru noor – Fakta Tentang MenopausMy Profile

  2. “Buat satu blog dan branding tersendiri” terima kasih sudah berbagi tips yang menarik untuk dipraktekkan

  3. Menarik..Saya pun baru nak menjinak2 dgn blog nie.. terima kasih atas perkongsian.
    Entri terbaru Niza Yusof – Kolestrol ; Penyebab Utama Sakit Jantung?My Profile

  4. apa-apa kerja yang kita buat, paling penting kena jadi diri sendiri..jangan hipokrit kn
    Entri terbaru JMR – Mimik muka nakalMy Profile

  5. setujuh banget…saya juga baru menggunakan blog..untuk menulisa artikel di blog memang agak sulit untuk membuat artikel yang bagus dan enak di baca untuk penggemar blog

  6. “Tulis post seperti kita bercakap dengan kawan” tu yang saya masih belajar dan belajar. Saya suka cara ini tapi kekadang kalau saya aplikasikan dalam blog x menjadi. Ayat nampak kaku…. :(
    Entri terbaru Aniq Bukhary – Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.My Profile

  7. Ikhlas dalam menulis pada saya lebih senang sampai kepada pembaca. Dah banyak bukti salah satunya yang saya nampak blog Ben Ashaari.
    Entri terbaru Aniq Bukhary – Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.My Profile

  8. Bagi saya pula, saya tak kisah sangat kalau rank alexa saya merudum, trafik saya berkurang. tetapi apa yang lebih merisaukan saya hilang pembaca setia walaupun seorang… :(
    Entri terbaru Aniq Bukhary – Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.My Profile

  9. Apabila pengunjung datang berkunjung kembali untuk membaca hasil tulisan kita, itu menunjukkan blog tersebut ada kekuatan tersendiri sehingga berjaya memikat pembaca untuk berkunjung lagi.
    Entri terbaru Aniq Bukhary – Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.My Profile

  10. Kalau kita tengok rancangan realiti TV nyanian, Selalu juri akan komen jangan tiru bulat2 style dan gaya satu2 artis tu. Cuba tampilkan imej sendiri dan buat something yang unik dalam persembahan. Sama kes la juga dengan dunia blog bagi pandangan saya. jangan jadi orang lain.
    Entri terbaru Aniq Bukhary – Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.My Profile

Trackbacks

  1. […]  Rahsia Rezeki Seorang Blogger / HasrulHassan2.  Blog Yang Mudah Dikenali Berbanding Yang Lain / Denaihati3.  5 Jenis Entri Blog Yang Mendapat Trafik Tinggi / LizaRazak4.  Entri Yang […]

  2. […] Biar tambah baik lagi, tulisan yang dibuat dari hasil analisa itu ditulis dengan menggunakan bahasa sendiri supaya blog kita mudah dikenali dibanding yang lain. […]

  3. […] Blog Yang Mudah Dikenali Berbanding Yang Lain […]