Blog Bardboo Kisah Wanita dan Keluarga

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri review blog bertuah hari ni dari seorang blogger yang kini menetap di luar negara. Blogger yang seangkatan dengan Kak Kujie berjawatan sebagai Domestic Engineer suri rumahtangga ni banyak bercerita tentang kisah wanita dan keluarga di dalam blognya. Joom kita baca review blog Bardboo.com.

bardboo header

Assalamualaikum.

Seorang blogger yang betul-betul komited tidak sepatutnya melepaskan peluang yang ditawarkan oleh saudara pemilik blog Denaihati, di ruangan group Facebook Denaihati Network. Peluang yang ditawarkan adalah berbentuk review blog terbaik akan dipublish di blog Denaihati. Sebab itu saya cuba juga cari masa untuk ambil peluang ini. Manalah tahu kalau ada rezeki, dapatlah saya promosi blog saya secara percuma di blog terkenal di Malaysia ini.

( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )

Blog Bardboo, itulah nama blog saya. Dan tagline yang saya gunakan adalah ‘Kisah Wanita & Keluarga‘. Dengan baca tagline blog ini sahaja saya rasa orang dah dapat bayangkan apa yang yang bakal dihidangkan di blog saya. Ya, saya banyak bercerita mengenai wanita. Kerana saya seorang wanita. Sila jangan tertipu dengan nama ‘Bardboo’ itu ye. Untuk mengelakkan kekeliruan jantina ini, saya sudah mula menggunakan nama ‘Puan Bardboo‘ sebagai nama samaran di alam maya.

blog bardboo

Saya juga banyak bercerita mengenai keluarga saya. Saya sudah berkahwin, dan mempunyai dua orang cahaya mata. Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Kebanyakkan masa dihabiskan di rumah. Bila anak-anak tidur, di depan laptop lah saya bermaharajalela. Disebabkan kami menetap di luar negara buat masa ini (di Toulouse, Perancis), maka saya banyak kongsikan pengalaman hidup di negara orang. Pengalaman bersalin di negara orang pun ada. Jemputlah datang baca di Blog Bardboo ya.

(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)

Mengenai teknikal blog pula, blog saya tidaklah sehebat mana. Dulu saya bermula dengan Blogspot, dan sekarang saya lebih selesa menggunakan self-hosting Wordpress. Blog Bardboo hanyalah berpangkat 2 untuk Google Page Rank (dulu pernah capai rank 3), dan Alexa Malaysia pula dalam lingkungan 5000 (tak menentu, kadang-kadang naik, kadang-kadang turun). Kebanyakkan trafik blog saya adalah trafik organik, yang datang dari enjin carian Google. Tapi trafik blog saya tak adalah sehebat mana, cuma cukuplah untuk beri kepuasan kepada diri sendiri.

blog bardboo scshot

Marilah singgah ke Blog Bardboo ya, blog santai yang dihasilkan oleh seorang surirumah. Jom kita sama-sama memeriahkan dunia blogging Malaysia. Salam ukhwah dari saya yang jauh di perantauan.


Spread the love

157 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!