Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, demi bantuan RM500 ada juga yang cuba menipu menjual borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM50 sekeping. Bantuan kalau layak sebanyak RM500 nak kena bayar borang RM50 jadi siapa yang kaya. Sudah pastilah yang jual borang tu. Bayangkan kalau dapat jual 100 keping borang dah berapa diaorang dapat. Rakyat Malaysia ni memang kreatif ada je cara nak menangguk di air keroh. Kepada yang mencari borang jangan gopoh selain di LHDN, borang boleh didapati di media utama tempatan dan boleh download di banyak blog-blog yang menyediakan perkhidmatan.

Ada berbagai persoalan yang ditanya tentang kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ada yang bertanya bagaimana kalau suami yang ada dua isteri dan dua rumah? Ada juga yang bertanya bagaimana pulak kalau anak yang sudah berkeluarga yang masih tinggal dengan ibubapa? Bagaimana pulak dengan orang tua yang tinggal sebatang kara? Ada yang tanya RM3000 tu gaji pokok atau maasuk elaun? Tak percaya bacalah komen-komen di entri “Cara Tuntutan Bantuan RM500“.

BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Sefaham akulah RM3000 jumlah pendapatan seisi keluarga maksudnya dicampur semua pendapatan isteri dan suami. Untuk nak lebih faham sila lawat website Kementerian Kewangan Malaysia yang menerangkan dengan jelas berserta dengan info grafik. Kerajaan juga telah membuat keputusan untuk membayar kepada semua yang layak walaupun melebihi budget 2012 yang telah ditetapkan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia.

RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia yang kelihatan kecil jumlahnya tetapi sebenarnya akan memberi impak mikro ekonomi yang sangat besar untuk mengerakan ekonomi Malaysia.

TERKINI

1. Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.

2. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15/1/2012 ini dalam bentuk baucar tunai SEHINGGA 15/3/2012.

3. Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.

4. Pemohon boleh menghubungi talian hotline BR1M  1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.

5. Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan Mac 2012 ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. – Utusan.

Istimewa di denaihati.com
  • Konklusi Mingguan #1 | IzzatAzizDotNet 17 November 2012 at 2:18 am

    [...] Minggu ini, borang bantuan rakayat 1 malaysia mula diedarkan, dan mula boleh di hantar dalam masa sebulan.  Pelbagai kejadian yang berlaku disebalik bantuan ini ada yang elok ada yang tidak elok.  Apapun sama-samalah kita berterima kasih kepada kerajaan kerana melaburkan balik duit kepada rakyat. / denaihati.com [...]

  • asyiqin 25 January 2012 at 12:37 pm

    Mudah mudahan bermanfaat dan tepat sasaran
    Entri terbaru asyiqin – Kesadaran Berasuransi "Because Life is Special"My Profile

  • KDN 19 January 2012 at 5:06 pm

    Kepada mereka yang belum memohon, permohonan masih terbuka skrg…hehehe
    Entri terbaru KDN – Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar DenaihatiMy Profile

  • Dadan 15 January 2012 at 8:33 pm

    harus hati2 sekarang ini banyak penipuan, dan semoga bantuannya pun sampai kepada yang berhak menerimanya…
    Entri terbaru Dadan – Tips Membuat Gambar Header Blog dengan PhotoshopMy Profile

  • rozi 18 December 2011 at 11:43 pm

    uuuuuhhhh

  • Steward John 18 December 2011 at 10:11 pm

    Borang pun dijual sampai RM50? Bukan ker free jer benda tu? Alahai…
    Entri terbaru Steward John – AirAsia ticket for just 10senMy Profile

    • yusri 12 January 2012 at 9:39 am

      Memang free yang bengong jerr byr rm50 tu . nampak sangat xambil tahu perkembangan berita semasa . itulah virus yg ada dlm badan rakyat malaysia sekarang semua nak mudah dan senang shj .
      Entri terbaru yusri – BLOGGER MALAYSIA ROUND NECK SHIRTMy Profile

  • On The Spot 18 December 2011 at 7:11 pm

    Parahnya, hati hati yaa!!
    Entri terbaru On The Spot – 7 Berlian Kuning Terbesar & Terkenal di DuniaMy Profile

1 4 5 6


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network