Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Selama tiga hari team Denaihati berkampung di Sunway Pyramid Convention Centre untuk mengikuti Asia Internet Congress. Beberapa bulan lepas ternampak iklan Asia Internet Congress di wall Facebook dengan yuran kemasukan percuma. Peluang tambah ilmu memang tak dilepaskan terus je mendaftar untuk perancangan go next level 2014.
Setelah tiga hari berkampung di Sunway Convention Centre memang tak menyesal beli tiket VIP terpacak kat depan pentas kerana mengisiannya memang mencetus motivasi untuk perancangan 2014 dengan berbagai cara mesin buat duit secara online. Asia Internet Congress (AIC) bukan kali pertama tetapi sudah berkali-kali yang dianjurkan setiap tahun dan sudah terlalu banyak testimoni kejayaan.

Semasa seminar buat duit dengan blog awal tahun 2013 kita telah didedahkan dengan gandakan duit secara online dengan iklan di blog dan sistem affiliate. Sebenarnya menjual ruang iklan di blog tidak boleh menjadikan kita jutawan internet terutama apabila persaingan semakin hebat sehingga ada diantara rakan blogger yang terlebih bersaing menyebabkan bermasam muka. Tidak ada seorang pun penceramah yang naik pentas di AIC2013 berkongsi tips jadi jutawan internet dengan iklan di blog.

Daripada perkongsian penceramah yang diketuai Fabian Lim jutawan internet dan rakan-rakan telah terbukti menjadi jutawan internet ada berbagai cara. Paling penting untuk kita menjadi jutawan internet secara senyap mesti dengan bekerjasama satu sama lain bukan berperang dalam satu komuniti yang kecik. Konsep kerjasama yang mereka tunjukan sangat menguja dan memang terbukti dengan jelas daripada teori yang selama ini aku kongsikan.
[box type=”shadow”]Orang Cina berjaya bukan kerana duit walaupun memang mereka ada duit, mereka berjaya bukan juga kerana ilmu walaupun memang ada banyak ilmu bisnis TETAPI mereka berjaya kerana bekerjasama dalam network.[/box]
Anda nak tahu bagaimana nak jadi jutawan internet??
Kepada yang follow instagram Denaihati pasti ada sedikit perkongsian tips untuk berjaya menjadi usahawan internet. Tak pun baca sedikit rahsia yang dibongkar untuk menjadi jutawan internet di blog Eizil dan blog Abangensem. Singgahlah.
Perhatikan iklan di Facebook untuk Asia Internet Congress 2014 . Korbankan masa dan melabur sedikit duit untuk menimba ilmu dari mereka yang sudah berjaya. Mana ada jalan ilmu nak free tapi nak jadi jutawan. Masalahnya kita selalu sangat mengharap bantuan orang lain terutama Kerajaan tetapi kita sendiri tak bantu diri kita sendiri tetapi bagi berbagai alasan untuk kegagalan diri sendiri .. sampai bila???
(Nota : Kelas junior dan Master buat blog terakhir akan diadakan bulan November dan Disember … selepas itu kami akan berehat daripada mengajar kerana ingin fokus dengan strategi menjadi jutawan internet yang kami telah pelajari semasa AIC2013 … dah ada ilmu tak diamalkan tak gunakan!!)
No related posts.
92 Comments
Iklan kat blog dan program affiliate memang tak boleh buat kita jadi jutawan, tapi rasanya untuk tambahkan income, ia berbaloi untuk di lakukan.
setuju jugak tu..tapi mana tau dengan ada blog boleh jadi jutawan..benda yang kadang-kadang tak sangka boleh jadi kenyataan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
program Asia Internet Congress sangat sesuai untuk mereka yang ingin menjadi jutawa secara senyap. banyak tips tips yang dapat dikongsikan bersama.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
walhal tak salah kalau diaorang bekerjasama memajukan perniagaan islam mereka dengan cara yang baik dan bersaing secara sihat untuk tingkatkan perniagaan mereka
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Manakala orang melayu pula lebih mementingkan kemewahan dalam berbisnes. Kalau boleh semua nak nampak mewah tapi hasilnya kurang memberangsangkan. Selain dari mementingkan kemewahan, orang melayu juga mempunyai sifat hasad dengki yang tinggi dengan partner melayu dia sendiri
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
kalau dilihat sekarang, perniagaan cina lebih maju dari orag melayu. cina walaupun kedai mereka nampak buruk, tapi perniagaan diaorang tetap berjalan maju.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Bila tengok dunia perniagaan online sekarang, ramai yg kedekut ilmu nk bagi tips berjaya. Walhal rezeki itu di tangan Allah. Jangan risau sebab nawaitu itu yang penting. Bila niat kita baik nak bantu orang, in shaa Allah kita akan dapat ganjaran berlipat kali ganda ..
betul tu, kebanyakkan perniagaan online begitu sombong untuk kongsikan tips mereka berjaya dalam perniagaan. sedangkan kita yang baru nak mula berbisness ni memerlukan role model macam mereka untuk tingkatkan bisness.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Sebab tu orang cina lebih banyak maju dlm perniagaan. Mereka saling kerjasama. Yang kita ni asyik dengki je dengan orang yg lebih drpd kita. Macam mana nak maju kan ?
Tuntutlah ilmu yang betul dan tepat mengikut apa matlamat yang kita sasarkan bukan main ikut apa yg kita suka.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…
Kalau usahawan-usahawan melayu kita bekerjasama kan lebih besar kebaikkannya. tapi itulah, ada yang mudah menanam perasaan iri terhadap rakan usahawan yang lain. Suka menjatuhkan antara satu sama lain. Macam mana nak maju kan
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
Betul tu Tuan Denaihati. Sebab itulah jangan hairan kalau orang cina ini selalu berjaya. Lagipun orang cina ni tak kedekut ilmu. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Roommate Korean Reality Show
Setuju dengan kak sally. Orang cina ni memang x kedekut ilmu. Diorang tkde nak dengki mendengki …
Nice share DH. Semangat kaum cina ni kuat. Mereka nak sama-sama kaum mereka maju walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Satu yang PG hormat tentang mereka, adalah, untuk maju kehadapan buangkan sifat malu. Melayu? Memang PG akui, agak malu untuk melakukan sesuatu. Tapi tidak bagi mereka kaum cina ini. Sebelum gagal, usaha dahulu!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..The Lost of “Kerajaan Malaysia Jamin” on Batu Sumpah Peringatan
maaf ya ana bukan nk kondem bangsa sendiri tapi itu sudah hakikat yang duk tengok2 sekarang ni..orang cina dalam perniagaan tumbuh macam cendawan melayu kita tumbuh sekejap terus lingkup…
Curahan rasa adna2029 @ .."MiniGiveaway #3 by Ayie Atiqah"
dah biasa dengar pun orang melayu kalau berbisnes mesti akan ada perasaan hasat dengki xdak kerjasama langsung..tengok orang cina mereka bersaing sesama mereka..ada ja kedai yang sama produk tak dak pulak dengki-dengki..harap orang melayu sekarang dapat berfikir secara matang ok..
Curahan rasa adna2029 @ .."MiniGiveaway #3 by Ayie Atiqah"
Comments are closed.