Arsenal vs Sunderland EPL 2012/13 Week #1

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, EPL 2012 membuka tirai dengan perlawanan pertama Arsenal vs Sunderland. Perubahan yang berlaku pada Arsenal sangat menarik yang boleh menjadi salah satu pasukan yang bakal bersaing hebat untuk juara EPL.

Pemain yang berhijrah keluar dari Arsenal adalah Robin Van Persie, Carlos Vella, Alumnia dan hampir pasti Alex Song. Pemain dibeli adalah antara yang berprestasi tinggi iaitu Podolski, Giroud, Carzola dan hampir pasti Nurin Sahin dan M Villa. Senarai penuh di Arsenal Transfer in and out 2012/13.

Tahniah kepada Arsene Wenger kerana telah belajar dari kesilapan musim lalu dan bersedia lebih awal untuk menjadi juara. Tahniah juga kerana dapat menjual Van Persie dan Alex Song dengan harga yang mahal. Lebih baik menjual Van Persie daripada menyimpan tanpa kesetiaan. Prestasi Van Persie pada tahun 2012 pun kurang menyerlah berbanding 2011. Kita ucapkan selamat maju jaya kepada semua pemain yang berhijrah keluar.

Arsenal vs Malaysia XI

Perlawan pertama EPL 2012/13 Arsenal vs Sunderland pasti dinanti dengan penuh minat oleh semua Arsenal Fan untuk melihat kelibat pemain baru. Semuga mereka dapat cepat menyesuaikanndiri dan berjaya membawa Arsenal kedimensi baru dengan menjulang piala yang sudah lama dinanti oleh penyokong setia Arsenal.

Keputusan Arsenal vs Sunderland : 0 – 0

Live Streaming Arsenal vs Sunderland @ Goal.com dan Twitter dengan hashtag #Arsenal

Live Arsenal vs Sunderland @ Astro Supersport 813 jam 9.55 pm waktu Malaysia.

Keputusan EPL 2012/13 Week #1

Fulham vs Norwich : 5 – 0

QPR vs Swansea : 0 – 5

Reading vs Stoke : 1 – 1

West Brown vs Liverpool : 3 – 0

West Ham vs Aston Villa : 1 – 0

Newcastle vs Tottenham : 2 – 1

Wigan vs Chelsea : 0 – 2

Manchester City vs Southampton : 3 – 2

Everton vs Manchester United : 1 – 0

Comments