Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Bagaimana Menggunakan Tags Untuk SEO” dan “Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO“. Semakin ramai yang minat dengan tajuk SEO ni. Jom kita baca entri SEO yang menarik ini :

Bak kata orang putih, it doesn’t end here. Terdapat beberapa langkah lagi untuk mengukuhkan kedudukan anda di ranking page pertama Google search. Pertama sekali, apakah signal/petunjuk yang digunakan oleh Google untuk mereka mengetahui bahawa search result yang mereka berikan kepada pengguna tadi tepat atau tidak? Antara signal yang saya rasa dikira ialah:

  • Pengguna melawati page lain dalam laman tersebut melalui page yang mereka masuk
  • Pengguna menghabiskan masa membaca entri tersebut. Saya kurang pasti angka sebenar, tetapi kalau lebih 60 saat tu sebenarnya cukup bagus dah
  • Pengguna meninggalkan komen
  • Pengguna retweet, Like atau +1 entri tersebut

Cara yang paling senang adalah mengeluarkan entri baru atau updated version kepada entri lama yang sudah berada di muka pertama Google Search. Pastikan entri baru ini ditulis dengan lebih baik berbanding entri lama. Jangan buang masa anda menulis hanya sekadar nak kejar poin SEO kerana pembaca yang rasa tertipu tak akan masuk ke blog anda lagi. Letakkan pautan kepada entri baru tadi di pangkal entri. Selain itu, anda juga boleh meletakkan Related Post di hujung entri.

Entri asal: 7 Blog Cantik Blogger Perempuan Malaysia

Cara ini adalah yang paling penting dan memberikan impak yang paling besar kepada ranking anda. Apabila pengguna dari search engine melawati page lain daripada page yang mereka masuk awal tadi, bounce rate dapat dikurangkan. Istilah “bounce” bermaksud lantunan. Pengguna yang masuk ke dalam entri dan kemudiannya keluar terus (dengan menekan butang pangkah atau melawati laman lain) akan dikira sebagai “bounced user” atau pengguna yang telah melantun keluar.

Konsep lebih mudah, anda pergi ke kedai makan. Tengok lauk, tapi tak lalu nak makan kat situ. Anda pergi ke kedai lain. Oleh itu anda dikira sebagai bounced customer, sekadar melawat, tengok dan pergi tanpa membeli.

Entri ini adalah teaser kepada ebook pertama saya, SEO Untuk Semua. Muat turun teaser ini dalam bentuk pdf dan dapatkan ebook ini sekarang!

Dalam ebook tersebut, saya ajarkan langkah-langkah untuk anda berada di tempat pertama Google search tanpa mengubah apa-apa kod dalam blog anda. Mudah.


Spread the love

197 Comments

  1. MYRIGHTAD : DAPAT DUIT HANYA CLICK IKLAN VIDEO
    Hari ini saya hanya berkongsikan dengan anda bagaimana penghasilan duit @ wang dengan senang. Saya dah pun menerima duit @ wang melalui program perniagaan MyRightAd ini. Kerjanya mudah, senang dan masa yang singkat. Kerja kita mengadap laptop dan click saja iklan yang ada dalam website tu. Click, lihat dan mendapat hasil dari pekerjaan tersebut… klik iklan yang disediakan oleh pengiklan.
    Curahan rasa hamizi @ ..bisnes yg lumayan modal kecil pulangan besar !!! MUDAH, MURAH, TERBUKTI!!!My Profile

    1. Blog baru perlu ambil masa untuk di index oleh search engine. Untuk lebih cepat pastikan templates yang digunakan mesra SEO dan cara penulisan entri yang diselitkan dengan keywords yang sering dicari oleh pembaca.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!