Apa Lagi Pengiklan Mahu?

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, daripada pengalaman berjumpa dengan beberapa syarikat yang ingin mengiklankan servis atau produk mereka masih terlalu banyak ruang yang ada untuk Blogger Malaysia terutama ketika ekonomi tak stabil dan kos pemasaran dikurangkan. Cuma soalnya selalu juga Blogger sendiri yg letak harga murah walaupun sebenarnya syarikat tersebut ada bajet lebih. Nasihat aku kepada Blogger jangan merendahkan nilai sendiri hanya kerana untuk dapat Ringgit Malaysia.

Peluang iklan masih banyak tak percaya jom baca tulis dari Blogger Popular Malaysia, Ariff Shah.

Beberapa tips lagi yang saya ingin kongsikan tentang market blogger sekarang ni. Harap input yang diberikan dapat membantu rakan blogger yang lain.

1. Berapa banyak trafik?

Isu subjektif tapi biasanya pengiklan akan  consider kalau ada minimum 1000 UV sehari. Lebih daripada 2000, mungkin dah boleh demand sikit-sikit dan kalau lebih daripada 4000 dah dianggap high traffic blogger – you are valuable to them.

Namun begitu, perkara ni bergantung kepada point no. 2 iaitu blog content. Baca seterusnya.

2. Content

Pengiklan tak suka blog carca-marba hentam sahaja. Maksud saya kat sini ialah blog yang share benda-benda yang menarik untuk dibaca macam “kucing bermata tiga” atau “ikan boleh terbang” dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.

Banyak dah blog macam ni yang ada di pasaran sekarang dan trafik mereka memang tinggi. Tapi value dia pada kebanyakan pengiklan adalah rendah. Kebanyakan pengiklan suka blogger yang boleh jadi jurucakap yang bertauliah untuk produk mereka, jadi bila tengok content merapu macam tu, mereka tak rasa confident.

Macam biasa, kalau blogger selalu menyentuh tentang isu politik, pengiklan akan lari. Mereka tak nak terlibat dengan mana-mana pihak sebab pada pengiklan, semua orang tak kira apa pun fahaman politik adalah pengguna/pembeli produk/perkhidmatan mereka.

Paling ideal seperti yang saya pernah share dalam entri sebelum ni, blog personal yang ada niche.

3. Blogger Gadis Melayu

Semua blogger dalam ni tulis dalam English, sorang je yang tulis dalam Bahasa Melayu

Semua blogger dalam gambar ni tulis dalam English, cuma sorang je yang tulis dalam Bahasa Melayu

Agak surprise bila tau tentang perkara ni. Nampaknya market sekarang ni masih lagi kekurangan blogger gadis Melayu dan ada permintaan dalam segmen ni.

Ini adalah kerana kebanyakan blogger gadis Melayu seperti Yuyu, Fatin Liyana dan Hanis Zalikha semuanya dah ‘diikat’ dan tak semua pengiklan nak bekerjasama dengan satu agensi blog yang besar ni, jadi still ada demand.

Mereka nak bahasa Melayu sebab kalau blog English, dah terlalu banyak blog perempuan dalam English yang hebat-hebat. Agak kurang bijak kalau nak bersaing di tempat yang dah memang tinggi persaingannya.

 

Kalau korang tergolong dalam kategori ini tapi masih lagi tak dapat tawaran pengiklan lain, boleh baca entri “Nak Guna N ke Tak?“, mungkin boleh dapat peluang lain yang mungkin lebih baik daripada apa yang mereka bagi sekarang.

Setakat ini perkongsian ringkas saya buat masa ni. Macam biasa, blogger lain feel free to share pengalaman dan tips anda di ruangan komen.

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. wah betul juga ya, terima kasih sudah berbagi saya juga ingin membuat blog dengan content yang memiliki value yang tinggi untuk pembaca atau visitor

  2. itu semua tergantung kualitas blog :)
    makasih ya info nya gan :)
    Entri terbaru Resep Masakan Praktis – Lemper Isi DagingMy Profile

  3. memang betul kembali lagi ke kualitas konten blog, konten blog yang baik sangat berpotensi mendatangkan traffic yang tinggi dan calon pembeli
    Entri terbaru OBAT GINJAL AMPUH – Penyakit Ginjal-Apa Itu Penyakit Ginjal Dan Apa Yang Harus Dilakukan?My Profile

  4. informasi yang cukup berguna. saya masih cetek ilmu dalam menilai diri sendiri apakah niche blog yang patut saya hasilkan…terima kasih banyak
    Entri terbaru faizal – Mampu Membaca Al-Quran Walaupun Berusia Lebih 100 TahunMy Profile

  5. terimakasih informasinya ,, semoga bermanfaat dan sukses ! :)
    http://goo.gl/XfLzn7

  6. Apa yang diinginkan oleh pengiklan sama halnya dengan apa yang diinginkan oleh para pelanggan. Mereka menginginkan kepuasan. Bedanya pengiklan menginginkan kepuasan agar bisnisnya bisa semakin maksimal dengan blog yang kita miliki
    Entri terbaru yusep sugianto – Tips for Moms: Smart Shopping!My Profile

Trackbacks

  1. […] Apa Lagi Pengiklan Mahu? […]