11 September bermula kebangkitan Islam

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 11 September 2001 dunia digemparkan dengan serangan ke atas bangunan World Trade Center di New York. Kepada yang terlupa sila tonton video serangan di entri “11 September“. Banyak misteri 11 September yang masih belum terjawab.

Selepas peristiwa 11 September hampir semua stok Al Quran di kebanyakan kedai buku di negara barat kehabisan. Ramai yang tidak pernah tahu tentang Islam berminat ingin mengetahui apa sebenarnya Islam. Mereka ingin tahu apakah benar Islam ini ganas seperti disiarkan setiap waktu di CNN dan BBC. Mereka bukan sahaja ingin tahu tetapi berakhir dengan ramai yang mendapat hidayah mengucap dua kalimah syahadah. Ada yang kata 11 September bermula kebangkitan Islam.

11 September adalah strategi musuh Islam untuk menyerang dan memusnahkan Islam tetapi hasilnya berlainan. Sehingga hari ramai yang mengutuh serangan 11 September termasuk yang bukan Islam. Mereka tahu serangan 11 September adalah perancangan lecek kumpulan tertentu untuk menghalalkan serangan ke atas Islam.

11 September

Tapi apo nak dikato …

Umat Islam sendiri pun tak dapat nak bersatu. Tengok sahaja apa yang berlaku di OIC gabungan Negara Islam yang tidak pernah bersatu. Negara yang kaya lebih suka membantu Negara Bukan Islam daripada membantu Negara Islam Miskin. Konsep memberi yang disebut dalam Al Quran tidak diamalkan oleh Pemimpin Islam itu sendiri.

Tak payah lah nak pergi jauh-jauh ….

Tengok apa yang sedang berlaku di Malaysia umat Islam dari dulu sehingga kiamat tidak akan dapat bersatu. Kita sentiasa fikir pendapat kitalah yang paling betul, akhlak kitalah yang paling baik, ilmu kitalah yang paling tinggi, alim kita lebih daripada yang lain dan berbagai kesombongan menyelubungi diri Umat Islam termasuk diri aku sendiri.

Kalau dulu rezeki dan politik adalah sebahagian daripada Islam tapi kini Islam menjadi sebahagian daripada punca rezeki dan paling sedih sebahagian daripada politik.

Allah SWT tidak pernah zalim pada manusia melainkan manusia itu sendiri yang menzalimi dirinya sendiri. Allah SWT telah menurunkan Nabi Muhammad S.A.W untuk menunjukkan akhlak baik bukan sahaja sesama Islam juga kepada yang bukan Islam.

Islam tidak bersatu bukan sahaja di Malaysia … di Indonesia pun tak kurang hebatnya walaupun berbagai pertunjuk yang sudah Allah turunkan untuk ingatkan manusia.

Tidak mustahil Allah akan turunkan malapetaka yang lebih hebat daripada 11 September jika umat Islam tidak berubah.

---

  1. betul tu. umat Islam tidak dapat bersatu. usaha untuk satu kan umat hanya dengan cara agama. Usaha atas iman perlu di jalankan. Umat ini pasti bersatu seperti para Sahabat Nabi S.A.W dahulu. Sanggup berkorban demi melihat orang lain selamat.
    Entri terbaru pokok manggis depan rumah – Hujan-Rahmat Atau Peringatan dari Allah S.W.TMy Profile

  2. Kebenaran nantinya akan terungkap siapa sebenarnya dalang dibalik kejadian 11 September ini
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Hepatitis Pada AnakMy Profile

  3. Semoga kejadian tersebut tak akan terulang di masa yang akan datang
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Keutamaan Hikmah QurbanMy Profile

  4. Sebuh misteri yang penuh terpecahkan siapa di balik tragedi 11 september
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Manfaat Ibu Memberikan ASIMy Profile

  5. semua bangsa dah tahu,islam zaman skrg jauh ratusan kilometer sifat nya dari dulu.. kalu kita org islam nak bersatu,buangkan sifat BONGKAK,EGO,MENGAKU SALAH DAN JGN TIPU…. dan amal kan sifat AMANAH,JUJUR,SABAR,TEKUN DAN BERIMAN… org2 yahudi tk takut dgn org islam sbb 1 perkara je…apa kate nye.? SELAGI ORG ISLAM TAK BERJEMAAH WAKTU SUBUH SERAMAI WAKTU JUMAAT,SELAGI ITULAH ISLAM TAK KUAT: renung2 kan kwn2…

  6. mmg kesal bila ketua2 negara Islam khususnya Arab tidak bersatu dlm menangani isu2 ini.
    mmg wajar Rasulullah diangkat sbg org plg berpengaruh spjg zaman oleh penulis barat, sbb barat tau betapa payahnya nk menyatukan kaum2 arab yg keras kepala dan perungus ini.
    Entri terbaru Ekspresi Ruang – 25hours Hotel Vienna: Hotel Butik Ala Sarkis Ilham Armin FischerMy Profile

  7. Umat Islam tidak bersatu. Ibarat buih-buih dilautan. Takut mati dan cintakan dunia.
    Entri terbaru akubiomed – Entri pemanas badan blog AkuBiomedMy Profile

  8. Wah seru juga ini 11 september bermakna & menjadikan sejarah & momok untuk diperhatikan.
    Entri terbaru Obat Tradisional Diabetes Melitus – Jelly Gamat Luxor Obat Tradisional Penyakit Asam UratMy Profile

  9. tragis….
    dibalik semua ini pasti ada hikmahnya.

  10. bila difikirkan kembali mustahil juga kerja ini dilakukan oleh Al-Qaeda..berkemungkinan org2 kafir sendiri yg melakukannnya..
    Entri terbaru LOLA KE NIE? – Tauke Dadah Dicekup Bersama Senapang AK-47 Bersalut EmasMy Profile

  11. banyak yang menyalahkan organisasi al qaidah yang melakukannya, banyak pula yang menyalahkan amerika sendiri yang melakukannya, buat ane yang pasti islam jadi dikenal luas dengan adanya 9/11. Alhmamdulillah

  12. harap umat Islam mula sedar kepentingan bersatu hati untuk keharmonian & kesejahteraan bersama…
    Entri terbaru pinkbubblegumprincess – Lynda Roslan lawa..Siapa Lynda Roslan? [entri bergambar]My Profile

  13. kena belajar lebih banyak bersyukur.
    Entri terbaru titan – Komisen ke 95 dari TNXMy Profile

  14. peristiwa yang sangat mengejutkan dunia..tapi sampai skrg tak tau sape sebenarnya yg buat serangan tu..masih tertanya2..
    Entri terbaru LOLA KE NIE? – Gila..!! Pertandingan Jarak Puting Payudara Paling IdealMy Profile

  15. Peristiwa 11 Setember memang tidak dapat dilupakan,oleh itu sama-samalah kita memperbaiki diri dan bersiap sedia
    Entri terbaru wazy – Wordless Wednesday #30My Profile

Trackbacks

  1. […] dengan seribu satu pengalaman dan kenangan indah untuk dijadikan panduan dalam menempuh bulan September yang penuh dengan kejutannya. Sepanjang bulan Ogos 2013, banyak kenangan indah yang aku lakarkan […]

Artikel pilihan...close