Zakat fitrah ditetapkan sebanyak RM7 di Selangor untuk tahun 2022

Spread the love

Lembaga Zakat Selangor kini mengumumkan yang mana kadar zakat fitrah di negeri Selangor untuk Ramadan tahun 2022 ini adalah sebanyak RM7 seorang.

Kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A, yang lazim digunakan ramai.

Namun, sekiranya individu memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, atau beras herba ponni, kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM14 seorang.

Sekiranya individu berkenaan memakan beras basmathi, beras jepun atau beras merah, kadar yang ditetapkan adalah RM21 seorang.

Pihak LZS sedia mengalakkan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan sejak tahun 2018 lagi. Umat Islam di Selangor boleh menunaikan zakat fitrah melalui sejumlah platform, selain di masjid melalui amil yang dilantik.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!