Waspada! Hujan berterusan di timur Semenanjung, Sabah, Sarawak hingga Rabu

Spread the love


KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 25 Januari 2023.

Menurut analisis model-model cuaca, amaran itu berikutan luruan monsun yang berlaku di rantau negara sehingga 26 Januari depan.

Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah Sarawak serta pedalaman Sabah pada sebelah petang dan malam dalam tempoh ramalan.

Manakala amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 25 Januari.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid031yYiHVuSP7JziTPHGJDhND4Z2nRxoGowgQMnv4Y61H2jqrizitsKY9qubtcG7a9Ml

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” menurut hantaran METMalaysia di Facebook.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!