Tips sewa kereta ketika kembara ke luar negara

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sewa kereta di Malaysia mungkin sudah ramai yang biasa buat, tetapi bagaimana dengan sewa kereta apabila travel ke luar negara?

Belajar sewa kereta ketika kali pertama travel luar negara 2012 dari Frankfurt ke Rome. Seronoknya apabila sewa kereta, kita boleh pergi ke mana sahaja yang kita suka pada bila-bila masa yang kita suka.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Di Cape Town kami sewa van Toyota yang boleh muat 10 orang. Sewa kenderaan tak boleh fikir penumpang sahaja mesti fikir beg-beg besar yang dibawa selama mana perjalanan kita.

Tengok juga had kilometer sehari yang dibenarkan, bagus pilih tiada limit tapi harganya lebih mahal sikit. Kalau pilih dengan had kilometer, bila terlebih kadar, bayar ikut lebihan setiap kilometer.

Bagus beli Insuran penuh terutama dì kawasan yang tak pasti tahap keselamatannya. Wheel Cap van kami hilang ketika parking di Champs Bay Cape Town. Kalau beli pakej penuh insuran apa sahaja berlaku samada kemalangan atau hilang akan cover 100%. Perlu bayar extra beberapa ratus sahaja.

Semasa di Cape Town booking kereta sewa secara online untuk trip di Johannesburg. Beberapa jam sebelum sambung penerbangan ke Johannesburg dapat satu missed call. Dalam hati memang dah jangka dari syarikat kereta sewa.

Bila sampai Johannesburg nak ambik kereta sewa baru terbaca booking kereta dibatalkan sebab tak dapat detect asal usul booking. Betullah missed call sebelum terbang dari Cape Town tu dari syarikat kereta sewa.

Kami pergi semua kaunter kereta sewa di airport Lensaria Johannesburg untuk sewa van tapi semua kata tak ada. Akhirnya kami buat keputusan sewa dua kereta, Nissan dan Renault untuk 7 orang dan 7 beg besar.

Di Afrika Selatan ada banyak syarikat sewa kereta seperti Bidvest Car Rental, Six Rent a Car, Thrifty Car Rental, AVIS Rent a Car, AroundAbout Car, Sixt Global dan pelbagai lagi.

Ini pengalaman kami. Pasti kawan-kawan yang selalu sewa kereta semasa travel luar negara ada pengalaman lain. Share lah pengalaman tu untuk panduan semua.

Denaihati.com


Spread the love

37 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!