Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
NAMA pelakon dan pengacara, Mira Filzah menjadi trending dan hangat di twitter gara-gara gambarnya memakai pakaian tradisional kaum India menjadi bahan perdebatan netizen.
Melalui satu ciapan di Twitter, pengguna sosial media tersebut menulis: “Cultural appropriation queen must feel nice to profit off our culture.”
Pelakon yang popular dan cantik itu berkata, dia tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.
Gambarnya memakai pakaian tersebut adalah untuk penggambaran produk terbaharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Saya memilih Bollywood sebab saya memang peminat setia filem dan lagu Hindustan, dalam hati teringin nak memakai pakaian Bollywood dan bila ada peluang sebegini saya terus lakukan dan tidak terfikir untuk menimbulkan sebarang isu, katanya.
Dalam masa sama, Mira Filzah atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27 berpendapat, Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, lalu perkara itu tidak mendatangkan sebarang masalah jika rakyat negara ini mencuba pakaian kaum lain.
Bagaimananapun, enggan mengguris hati mana-mana pihak, Mira Filzah dengan rendah diri memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan tindakannya itu.
Hi dear. I am sorry if what I did was wrong. I’ve grown up with Bollywood movies and songs and I’ve always been a fan of Bollywood since small. You just name it. 😍 I even memorise all the lyrics and googled the lyrics translation just to understand the song deeply.
— MIRA FILZAH (@MFMiraFilzah) August 20, 2020
Sumber: Awani
3 Comments
Banyak masa lapang netizen dan netizah, ada isu sikit terus nak tularkan.
Ini sebab Mira Filzah je yang yang sarung dan gayakan baju pengantin ni. Sebab dia ada nama, jadi orang ambil kesempatan timbulkan isu remeh temeh macam ni.
Begitulah dunia sosial media.
Betul tu tuan, kalau tengok di twitter ramai yang back up Mira Filzah. Dan Mira Filzah sendiri dah minta maaf dan taknak panjangkan isu ni. Begitu lah 🙂
Comments are closed.