[Terkini] Jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Di musim pandemik covid-19 ni, banyak halangan dan ujian buat para guru dan pelajar sekolah umumnya, dan khusus kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 di mana mereka ada peperiksaan yang penting pada hujung tahun ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tapi apakan daya, disebabkan isu covid-19 belum selesai lagi, maka peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditangguhkan. Cuma nak tanya, adakah kalian sudah bersedia nak menghadapi peperiksaan yang bakal tiba?

Untuk makluman, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (LPKPM) telah mengeluarkan tarikh jadual rasmi waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020.

INFO TERKINI: KPM menerusi sidang media pada 8 November 2020 telah mengumumkan penundaan tarikh peperiksaan SPM 2020 ke tarikh 22 Februari 2021. Jadual dan maklumat lanjut akan dikemaskini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan penjadualan semula kali kedua takwim peperiksaan kendalian KPM bagi tahun 2020.

Tarikh peperiksaan SPM 2020 adalah seperti di bawah:

  • Ujian Lisan: 17 Ogos – 31 Oktober 2020
  • Kerja Kursus: Julai – Disember 2020
  • Ujian Bertulis: 22 Februari 2021 – 25 Mac 2021

Perhatian kepada pelajar-pelajar SPM 2020 dan ibubapa,

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2020 (KEMASKINI TERKINI)

Untuk memuat turun dokumen PDF Jadual Peperiksaan SPM 2020, sila ke pautan tersebut:

Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang:

  1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/ bilik peperiksaan.
  3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  8. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
  9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Diharapkan perkongsian maklumat berkaitan Tarikh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ini dapat memudahkan urusan pelajar-pelajar tingkatan 5. Saya doakan Selamat maju jaya kepada semua calon. Buat yang terbaik!


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!