Tabung Haji tidak dikuasai oleh orang bukan islam

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Lembaga Tabung Haji (TH) kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 billion dan tidak dikuasai orang bukan Islam, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kedudukan terkini aset TH pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78 bilion.

“Selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH, aset-aset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki penuh oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“Oleh yang demikian, TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam,” kata perdana menteri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar) yang bertanya mengenai kedudukan aset terkini Tabung Haji serta adakah kerajaan terdahulu telah menjual banyak aset TH dan membiarkan TH dikuasai oleh orang bukan Islam.

Sumber: BERNAMA


Spread the love

2 Comments

  1. Agak hairan bila orang ramai jadi acah acah pakar untuk ulas kedudukan Tabung Haji, sudah la fakta tak betul, diputar belit aset diberi pada orang bukan islam.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!