Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
harini merupakan hari penamaan calon yang berlangsung di seluruh negara. Sebagai pengundi, ini merupakan detik penting untuk semua. Siapa yang tercalon, siapa yang perlu diundi akan dapat diatur selepas ini. Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diambil kira oleh para pengundi.
Semak lokasi tempat mengundi anda
Sebagai pengundi, ini antara perkara pertama yang perlu kita lakukan. Sila buat semakan lokasi tepat di mana anda perlu mengundi untuk tahun ini. Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk tujuan ini.
kaedah pertama adalah menggunakan Portal Online SPR, di mana anda boleh memasukkan nombor kad pengenalan, dan paparan info lokasi tempat mengundi akan terpapar.
kaedah kedua adalah dengan menggunakan fungsi SMS, hanya perlu hantar SPR SEMAK [nombor kad pengenalan] ke 15888. Caj perkhidmatan sebanyak 20 sen (tidak termasuk GST) dikenakan untuk setiap semakan.
kaedah ketiga adalah dengan memuat turun aplikasi SPR SEMAK dari Google Appstore untuk Android atau Apple Appstore untuk pengguna iOS.
Menggunakan aplikasi SPR Semak ini, anda juga boleh melihat senarai calon mengikut kawasan, sama ada calon Parlimen mahupun calon untuk DUN. Senarai keputusan dan perkara lain berkaitan dengan Pilihanraya Umum 2018 ini juga akan boleh disemak terus menggunakan aplikasi ini.
Tarikh-tarikh penting sempena pilihanraya umum 2018
Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu kita ketahui untuk pilihanraya umum kali ini.
- 9 Mei 2018 – Hari mengundi di seluruh Malaysia
- 5 Mei 2018 – Hari mengundi awal untuk pengundi tertentu
- 28 April 2018 – Hari penamaan calon
- calon dibenarkan untuk berkempen selama 11 hari
7 langkah mengundi yang perlu anda patuhi
Apabila ingin mengundi, ada beberap perkara yang perlu anda ketahui agar perjalanan mengundi anda akan lebih lancar. Berikut adalah 7 langkah yang digariskan untuk para pengundi di pusat mencabut undi.
- Sila masuk apabila diarahkan untuk masuk oleh pihak yang menjaga pintu masuk
- Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada catitan dakwat kekal pada jari
- Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian kedua Letakkan tangan di atas pad dakawt kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil
- Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanpa pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi dariapda Kerani Pengundian Ketiga
- Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruangan calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja
- Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen
- Keluar segera dari tempat mengundi
Ini adalah 7 langkah mudah yang perlu anda patuhi.
Tips-tips semasa hari cabutan mengundi
Beberapa tips untuk para pengundi semasa hari cabutan undi yang akan berlangsung seperti dinyatakan di atas.
- Pastikan anda tidak berebut-rebut semasa ingin mencabut undi.
- Sila hanya tandakan pangkah X pada kertas undi
- Pilih hanya satu calon sahaja untuk setiap kertas undi
- Keluar awal untuk elakkan tergesa-gesa dalam perjalanan ke pusat undi
- Elakkan melakukan sebarang provokasi sepanjang tempoh kempen dan semasa di pusat mengundi
- Undi adalah rahsia, tak perlu canang kepada semua orang siapa yang anda undi
- Mengundilah dengan bijak, pilih calon yang anda rasakan akan dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara
Semoga pilihanraya kali ini akan berjalan dengan lancar dan kita akan mendapat pemimpin yang akan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.
26 Comments
bagi yang kali pertama nak mengundi mesti nervous dan tak boleh tidur
sebenarnya senang sahaj nak buah undi ini.. beratur, celup jari pastu pangkah dua kali..
saya rasa kita mcm rushing je dulu.. tiba tiba je krajaan umum tarikh pru. fishy betul lah
so far saya pernah mengundi dua kali sahaja.. satu pengalaman yg cukup bermakna. gitu.
Tips pertama, pastikan anda tidak berebut-rebut semasa ingin mencabut undi sangat perlu .. kalau tak kelam kabut
Tak sabar lak rasa nak semak daftar pengundi untuk PRU 15 hahah.. padahal tak sampai setahun pun lagi PRU 14 hik hik
ye mamng tak sabar.. rasanya mengundi tu satu perkara yang menyeronokkan plak.. tak tau la kenapa
Siapapun calon yang terpilih, semoga menjadi pemimpin yang amanah dan bertanggung jawab.
Ramai orang hentam Suruhanjaya Pilihan Raya, mereka hanya menjalankan tugas sebagai penggerak, sebahagiannya dipengaruhi oleh pemerintah semasa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29
Orang ramai tahu menghentam secara terbuka je skang ni. Diorg tak tahu pun keje SPR mcm mana
Realitinya macam tu kan, mereka hanya menjalankan tugas sebagai penggerak, sebahagiannya dipengaruhi oleh pemerintah semasa.
Berat tugasan seorang YB sebenarnya. Tak leh sewenang-wenangnya buat kerja jika tak, rakyat pasti akan tukar lg pada next PRU
tak sabar nak mengundi untuk kali kedua. lagi tak sabar nak tahu keputusan. harap semua yg menang dpt benar2 menyumbang utk rakyat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Oppo F7 Tawar 25MP Kamera Selfie, Spesifikasi Menarik
Sebelum mengundi, rasa tak sabar ni perkara biasa. Dan hari ni, mesti tak sabar nak tunggu PRU 15 kan kan kan
Jangan lupa tanggungjawab kita semua untuk menentukan masa depan anak cucu kita. jom mengundi kawan-kawan yang ada diperantauan. balik lah sekejap.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Resipi Mudah Kuih Tepung Bungkus Ramadhan 2018
lima kali setahun je mengundi. jangan sia-siakan peluang untuk kta tentukan masa depan negara
Curahan rasa nikkhazami @ ..Oppo F7 Tawar 25MP Kamera Selfie, Spesifikasi Menarik
yup, 5 tahun sekali la rakyat berpeluang tukar mana yang tak betul, mana yang salah
Memang ramai yang tak sia-siakan peluang hari tu untuk kta tentukan masa depan negara
Ramai yang balik atau pulang mengundi semasa PRU 14.. dan memang suara rakyat inginkan perubahn
Maklumlah jarang mengundi, 5 tahun sekali pasti ada perkara yang lupa. Bagus ada peringatan macam mana proses nak mengundi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29
Benda penting sebegitu sepatutnya tak lupa. Buang masa kena patah balik ke rumah utk ambil balik
kali kedua mengundi tahun ni. tak sabar tggu 9 May nnnti..
Undi adalah rahsia
Curahan rasa zarul farhana @ ..Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018
Wah kali ke dua. Saya dah ketiga. Yang kali ketiga ni lah yang dapat keputusan mengejut dan terbaik
Comments are closed.