Semakan UPU 2022: Keputusan Kemasukan Lepasan SPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada esok (22 Julai).

Tempoh semakan keputusan bermula dari pukul 12 tengah hari esok sehingga 5 petang 31 Julai ini.

Menurut kementerian tersebut, ia melibatkan keputusan permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2022/2023.

“Keputusan permohonan boleh disemak melalui pautan https://jpt.utm.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my, dan https://jpt.umt.edu.my atau menerusi aplikasi UPUPocket.

“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran pula boleh dicetak bermula 23 Julai sehingga 31 Julai ini di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA,” kata KPT dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Jelas KPT, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang mereka yang berjaya mulai 23 Julai setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang telah dinyatakan.

Dalam pada itu, kementerian memaklumkan pemohon yang gagal mendapat tawaran program pengajian boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula pukul 12 tengah hingga 5 petang, pada 22 Julai hingga 31 Julai ini.

“Manakala, rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA pula boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline,”ujar kenyataan itu lagi.

Tambah KPT, tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA juga tidak dibenarkan.

Katanya, dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

AWANI

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!