Petua elak migrain, sakit kepala yang menyerang secara berulang

Spread the love

“Doktor, sakit kepala rasa macam nak pecah!” “Dah berapa hari ni?”

“Dah 2 hari. Rasa sakit sebelah kiri saja. Apa pun tak boleh buat. Rasa loya nak muntah”

Berikut merupakan perkongsian daripada Dr Samhan berkaitan Migrain

Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja.

Masalah ini lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki dengan nisbah perbandingan adalah 3:1 serta mempunyai hubung kait yang kuat dengan genetik.

BAGAIMANA MIGRAIN BOLEH TERJADI?

Ia berlaku apabila saraf otak menghasilkan cetusan maklumat yang tidak terkawal sehingga mana ia menggangu pembesaran dan pengecutan saluran darah.

Ia bermula dengan salur darah otak yang mengecil menyebabkan kawasan tersebut kekurangan oksigen. Kemudian ia menyebabkan saluran darah tersebut mengembang semula dengan lebih besar.

Perkara ini akan mengaktifkan reseptor sakit di bahagian tersebut sebab kurangnya darah pergi ke bahagian tersebut. Inilah yang menyebabkan sakit kepala.

APAKAH FAKTOR PENYEBAB MIGRAIN?

  • Persekitaran: bunyi bising dan cahaya terang.
  • Tabiat merokok
  • Sesetengah jenis makanan: coklat, keju, kopi,teh dan alcohol
  • Pengambilan ubatan: pil perancang kehamilan, ubat tidur dan pil hormon.
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Psikologi: Tekanan, kemurungan,cemas dan marah

ADAKAH INI MIGRAIN?

Mengikut garis panduan yang dibuat oleh ‘International Headache Society’, pesakit pernah mengalami 5 kali serangan sakit kepala sebelum ini dan ianya bertahan selama 4-72 jam.

Dan sakit kepala tersebut juga perlu mempunyai 2 daripada simptom tersebut iaitu:

  • Sakit kepala sebelah sahaja
  • Rasa berdenyut
  • Sakit kepala sederhana sehingga teruk
  • Menganggu pesakit dari membuat aktiviti harian

APA RAWATAN MIGRAIN?

  • Ubat tahan sakit seperti nSAIDS(sebagai contoh mefenemic acid, diclofenac dan naproxen)
  • Ubat untuk migrain : Triptans dan ergot alkaloids(Sebagai contoh Caffox ,Sumatriptan, Rizatriptan)
  • Ubat Tahan muntah:Maxolon, Chlorperazine dan promethazine

3 jenis ubat untuk mengurangkan serangan migrain adalah seperti:

1.Anti-epileptics: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang sawan.

2. Anti-depressant: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan perasaan.

3. Anti-hypertensive: Ubat yang selalu digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Petua elak migrain

  1. Elakkan minuman tinggi kafein
  2. Bersenam
  3. Elakkan makanan masin, diproses dan berkeju
  4. Tidur dan rehat secukupnya
  5. Pengambilan diet seimbang
  6. Elakkan stress

Dr Samhan


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!