POLIS menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual jam dan seorang pelajar kolej wanita, kerana disyaki terbabit dalam kes mempersendakan agama Islam melalui rakaman video yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menahan suspek lelaki berusia 20 tahun itu di Taman Kledang, Menglembu dekat Ipoh, Jam 11.15 malam sebelum menahan rakan sebayanya, di Taman Silibin Ria.
Lelaki itu mengaku melakukan watak solat dalam video berkenaan dan rakan wanitanya mengaku merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon bimbit miliknya, dengan niat untuk bergurau di sebuah inap desa di Taman Lapangan Terbang, sebelum memuat naik di Instagramnya.
Rakaman itu dilakukan pada 28 Oktober lalu pada jam 1.27 pagi, berdasarkan semakan di telefon bimbit berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
A Asmadi berkata, siasatan awal mendapati wanita itu telah memadamkan video yang dimuat naik di laman Instagramnya kerana takut, setelah ia menjadi tular.
Katanya, polis merampas dua unit telefon bimbit dan kedua-dua individu terbabit direman empat hari sehingga 22 April ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Video berdurasi 28 saat itu, menunjukkan seorang lelaki berbaju hitam dan berseluar pendek hitam, sedang melakonkan solat dalam keadaan bergurau, sambil gelak ketawa bersama rakannya. – Bernama
7 Comments
Ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia suka bertindak tanpa berfikir dahulu. Apa yang mencetuskan sikap sebegini. Pendidikan di rumah atau pendidikan di sekolah atau memang perangai satu-satu bangsa tersebut?
Curahan rasa Usahawan Ebay @ ..Pelajar Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berusia 20 Tahun Buat Sales RM9,159.61 Waktu PKP Di Ebay USA
Isunya di sini, kenapa mereka buat begitu dan kenapa mereka berani! Tindakan tegas boleh diambil tapi mereka masih buat perkara ini. Alasan tidak tahu? Dengan segala maklumat kini di hujung jari, mereka masih tidak tahu?
Curahan rasa ahmadyani @ ..7 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Boleh Dilakukan Secara Sambilan Untuk Menambah Pendapatan
Hairan, nak publisiti ke nak cari nahas? Ada banyak lagi perkara yang bermanfaat untuk dibuat dari menimbulkan kemarahan orang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Sebab Melabur Dalam Hartanah
masih ada remaja yang tak faham sensitiviti agama… dan tak faham agama islam agama rasmi negara ni…
islam tak boleh di permainkan nanti lama2 orang lain ikut. kena ambil tindakan
islam tak boleh di permainkan nanti lama2 orang lain ikut. kena ambil tindakan
Terlajak perahu boleh undur, terlajak perahu, buruk padahnya. Sudah kena tangkap, terima jelah akibatnya.
Curahan rasa Cendol Syoknya Ummi @ ..COD makanan Muar – Cendol Syoknya Ummi, ye ke cendol sedap di Muar?
Comments are closed.