Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nombor pendaftaran kenderaan Malaysia merupakan nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Kerajaan telah pun mengumumkan, tiada lagi bidaan nombor plat khas yang dijual oleh NGO selepas ini. Walau bagaimana pun, ada beberapa plat nombor khas NGO yang masih belum dibuka bidaannya.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Plat kenderaan paling mahal di Malaysia pada 2016 ialah “F 1” yang mana tawarannya adalah RM836,660, “W 1 N” dengan harga RM748,000 dalam tahun 2014 dan “WWW 1” pada RM520,000 dalam tahun 2012.
Sultan Johor yang sebelum ini juga menawarkan plat “JJJ 1” dengan harga RM165,000. “DDD 2” pula dimenangi oleh Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V pada RM385,000 tidak lama selepas ia dikeluarkan.
Pada bulan November 2014, awalan plat “BMW” siri dikeluarkan dan dibuka untuk pembida yang sangat popular di kalangan pemilik BMW. “BMW 1” dan “BMW 2” dikhaskan untuk Keluarga Diraja Selangor. “BMW 6” dimiliki oleh pemain badminton kebangsaan Lee Chong Wei.
Pada bulan Februari 2015, awalan plat “RM” yang dikeluarkan di Perlis dibuka untuk tawaran, yang serupa dengan simbol mata wang ringgit Malaysia. “RM 1” telah dikhaskan untuk Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin manakala “RM 2” hingga “RM 7” kecuali “RM 5” untuk Exco Negeri Perlis. Plet “RM 5” dimiliki oleh Tengku Amir Shah, Raja Muda (Putera Mahkota) Selangor.
Siri Nombor Plat Khas Kenderaan di Malaysia
- Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
- PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
- Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
- Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
- Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
- Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
- Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
- PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
- NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
- LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
- Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
- Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh
- BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
- SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
- X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
- G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia
- 1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
- Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
- TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ oleh kerajaan negeri Terengganu
- GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
- Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
- VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
- GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
- SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
- PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
- RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9
- MALAYSIA : Hanya dikeluarkan sempena selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2018 ‘Sayangi Malaysiaku’.
- Y : dikeluarkan untuk Yayasan Nur Jauhar yang diasaskan oleh Tun Jauhar dan Toh Puan Hajah Norlidah
- US : dikeluarkan untuk Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di mana abjad ‘US’ berkenaan bermaksud Untuk Seniman
- NAAM : NAAM merupakan singkatan bagi New Affirmative Action Movement atau Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM), adalah organisasi bukan-kerajaan yang memfokuskan pembangunan ekonomi untuk belia India menerusi perniagaan, kewangan dan pembangunan modal insan.
- T1M : T1M yang membawa maksud Tranformasi 1Malaysia sebagai tanda sokongan misi kerajaan ke arah pelaksanaan Transformasi Nasional 2050 (TN50)
- NBOS : NBOS ini adalah singkatan bagi program National Blue Ocean Strategy, pelbagai-agensi yang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan.
- A1M : dikeluarkan untuk Artis 1 Malaysia
- Q : telah diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS)
Ada beberapa lagi siri nombor plat khas yang diperkenalkan sebelum ini seperti SAM, K1M, UU dan beberapa lagi.
Setakat ini, nombor plat PATRIOT 1, muncul sebagai nombor plat paling mahal dijual di Malaysia mencecah harga RM1.308 juta kepada pemenang bidaan yang tidak diumumkan
Selepas ini, plat siri khas ini perlu dijual sehingga tahun hadapan. Namun ini tidak bermakna plat khas sudah tidak boleh dijual, tetapi ia hanya perlu melalui satu saluran sahaja iaitu kerajaan sendiri. Siri plat khas pertama yang diperkenalkan oleh kerajaan masa kini ialah ‘Malaysia’.
50 Comments
Bagi kami golongan rakyat marhaen, daripada beli nombor plat mahal-mahal macam ni… lebih baik gunakan duit tu untuk beli nombor kereta secara tunai..
Fuhh.. kalau harga nombor plat PATRIOT berhadapan RM 1.308 juta, agak agak berapa harga kereta yang menggunakan nombor plat tersebut?
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Tak pernah lagi tengok org pakai plet number PERFECT .. macam tajuk lagu Ed Sheere je kan hehe.
Mana tahu lepas ni JPJ akan lelong PERFECT pula, Jamar boleh lah bid
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Yang reka plat ni mesti minat sgt dgn lagu tu. Nombor plat perfect tu sangat perfect
Pelbagai pilihan no yang unik unik skang ni. Nak tak nak je, janji sediakn duit kan..
Ye. Yang kaya raya sangguo keluarkan duit sehingga sejuta demi nom plat kereta. Untunglah
Saya mmasih ingat suatu ketika dahulu ramai yg berebut rebut nak plat Putrajaya. Banyak juga nmpak di jlj raya
Bila ramai yang pakai sudah jadi tidak eksklusif lah buat pemiliknya kan. Sepatutnya bagi ada 1 saja
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
saya nak plat yang cantik tetapi untuk kereta kancil je..o n
mesti orang hairan dan kena kutuk kot…
no plat je mahal tapi guna kena murah
hahahaha
Hhahaa mesti ada org ambil gmbar dan post di media sosial. Kereta kancil tp guna plak gempak
Sebenarnya admin ada silap sedikit.
Plet “GP” dikeluarkan pada awal penglibatan Malaysia didalam perlumbaan Formula 1 Grand Prix. Ketika itu, semua track cars adalah kenderaan PROTON selaku kenderaan rasmi GP F1 Malaysia. Dan ianya bukan hanya untuk model Perdana. Ada beberapa model Preve dan Ertiga yang turut menggunakan plet GP. Terbaru adalah plet GP untuk model X70 Proton.
Penggunaan GP juga tidak dihadkan kepada model PROTON sahaja.
Wah nmpak nya tuan mmg minat tentag kereta. Siap tahu dah ingat fakta fakta.
Terima kasih atas makluman dan pemberitahuan. Nampaknya banyak juga yang dah gunakan plat GP ini.
Info tambahn yang baik tuan. Saya pun tak pernah tahu sebab musabab kemunculan plet GP ni. Mujur baca artikel di sini
Sy pun tak tahu. Satu info baru ttg GP tu. Memang betul betul minat automotive ni..
Plat kenderaan paling mahal di Malaysia pada 2016 ialah “F 1” yang mana tawarannya adalah RM836,660. Wahhh, juling mata tengok nombor
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Itu la pasal. Ada rupanya yg snggup beli plat kereta dgn harga begitu mahal ye
Bila Kerajaan mengumumkan tiada lagi bidaan nombor plat khas yang dijual oleh NGO maknanya tiada lagi orang tengah.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Dgn cara ini ia jd lebih telus dan beli dgn harga sebenar utk elak rasuah. Hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan
Beli dgan harga tu sebenar tu mcm man NK.. kalau dah no cun, mesti harga pun cun
Siapa yang duit berkepok-kepok memang boleh bid untuk number plate mahal ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mungkin stiap tahun mereka dah ready utk bid no plat. Maklum lah kereta sering bertukar gnti
WOW, meriahlah plat no kereta- kereta kat Malaysia ni. Yang special ni, harganya mesti special juga kan.
Smpai sejuta pun ada. Duit bnyk sangat smpai snggup keluarkan duit utk beli plat lawa
Kalau kita rakyat marhaen ni baik beli rumah dari beli benda macam ni, ada baiknya juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Org biasa lebih fikir soal tmbah duit dn nak beli rumah dan belanja anak sekolah hehe
Bagus la kalau dikendalikan kerjaan shj. Tak nak pula nanti yg potong line dengan beri pada kroni mrk
Dulu orang lain songlap duit bila kerajaan tak jual number ni directly.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Potong line, dapt ke kroni, itu rasanya selalu berlaku. Susah nak cegah. Kena buat pemantauan lebih kerap lagi.
Itulah, semua nak buat nak bagi kroni. Last kerjaan tak de apa, yang ruginya rakyat
Org orang vvip sudah pasti mahu plat yg cantik. Mungkin bagus utk bisnes
Selau gak tertanya kenapa VVIP ni sanggup beli plet no mahal mahal. Dah la kereta mahal. Untuk bisnes ye..
Mereka ni nak nampak lain dari orang awam,baru nampak ada class mereka kot. Bagi kita serupa saja nombor plat apa pun
Tak untuk bisnes, mesti utk reputasi diorg sebagai VVIP. Kita yang bias, guna no biasa biasa sudehh hehe
Kalau x random pun beli nombor yg ada nilai sentimental. Tu pun klau bernasib baik
Nombor yang ada nila sentimental tu macam NK? Ke ikut tarikh lahir, atau tarikh nikah? hehe
Aah, kalau dapat nombor seperti tarikh lahir, nombor telefon atau gabungan nombor tarikh suami isteri pun bagus juga
Dah menjadi lumrah, bila beli kereta baru, owner akn cari no no yang terbaik. Ada gak yg anggap no ni bawa tuah
Mmpu tgk je la nombor plat lawa lawa ni. Kita mampu beli yg random shj hehe
Suatu hari nanti boleh lah beli satu NK. Cari no yang berkenan di hati, kemudian bid
Comments are closed.