Makan Malam Bersama Watson Nyambek
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, baru-baru ini negara digemparkan dengan berita status muflis raja pecut Watson  Nyambek kerana gagal melunaskan hutang dengan bank RM100 ribu yang digunakan untuk merawat mendiang ayah beliau. Sebelum berita ini tersiar rakan Jemaah Bisnis Denaihati telah beberapa kali bertemu dengan Watson Nyambek berbincang bagaimana kami dapat membantu beliau dan keluargamenjana pendapatan kedua selain  sibuk menjadi jurulatih kepada bakal pelari pecut  yang baru.
Apabila berita muflis keluar di media masa kami telah bertindak secara proaktif dengan mempertemukan berbagai pihak di Majlis Makan Malam Gabungan Program Usahawan Asia Herbal Biotech dan NASEC bersama Watson Nyambek dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak. Â Selain menyerahkan sumbangan tunai kepada Watson Nyambek bagi meringankan bebanan ekonomi perbincangan yang lebih serious telah dijalankan untuk membantu ekonomi beliau dengan merancang cara terbaik untuk menjana income kedua.
Jemaah Bisnis Denaihati akan membantu Watson Nyambek dalam jangka masa panjang untuk menjana pendapatan kedua tanpa menganggu tugasan sebagai jurulatih. Apabila kita mengetahui cara pasti perancangan akan menjadi lebih murah. Cuma semua tidak datang dengan mudah kerana perniagaan pasti ada pahit getirnya tetapi akan jadi lebih ringan apabila dibuat berjemaah.
Semuga Watson Nyambek yang masih memegang rekod 100 meter Malaysia selama 18 tahun dapat menjana pendapatan kedua untuk membayar hutang bank yang masih tertunggak. Doakan semua.





