Liga fantasi PL Denaihati Network week 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang join liga fantasi Premier League Denaihati Network musim 2016/17. Tujuan Abang set liga ini adalah untuk mengeratkan persahabatan online peminat bola sepak khasnya Premier League musim ini.
Lebih 90 kelab seluruh dunia telah menyertai liga fantasi Denaihati Network pada minggu pertama. Kepada peminat Fantasy Premier League yang nak join League Denaihati Network boleh guna code 2136667-509541 dan daftar @ https://fantasy.premierleague.com
Keputusan Premier League week 1
Team feberet Abang, Arsenal tewas kepada Liverpool 3 – 4 dengan permainan yang sangat sengit. Arsenal telah mendahului dengan jaringan Walcott tapi kealpaan barisan pertahanan 10 minit awal masa kedua telah meranapkan segalanya. Tragedi tewas perlawanan pertama musim lepas berulang lagi. Tewas game pertama bukan kekalahan keseluruhan.
Top 7 liga fantasi PL Denaihati Network week 1
Untuk memeriahkan saingan penganjur menyediakan hadiah mingguan sekotak kopi Codi Cafe kepada setiap kelab top 7. Tahniah kepada 7 kelab iaitu Kaki Bangku, Oh Gagak FC, MUnyet team, Lake View FC, Tekongpool, 711 Superstar dan Wau Alif Nun.
Kepada pemenang sila PM detail iaitu nama penuh, no telefon, alamat penuh dan email ke Denaihati Network. untuk penghantaran hadiah.
Penganjur akan sediakan hadiah menarik untuk top 7 pada akhir musim yang akan diumumkan kemudian.
Video Walcott gagal sepakan penalti
Peminat bola sepak sila klik link di bawah untuk jadual dan keputusan perlawanan bola sepak.
- Jadual dan keputusan BPL 2016/17
- Jadual dan keputusan Champions League 2016/17
- Jadual dan keputusan English League Cup 2016/17
- Jadual dan Keputusan game Arsenal 2016/17



