Kisah sedih Covid 19 : 5 beradik kongsi 1 telefon pintar untuk PdPR

5 beradik di Kota Bharu kongsi 1 telefon pintar untuk PdPR

Kekangan hidup menyebabkan ibu kepada lima beradik terpaksa “mengorbankan” telefon pintarnya untuk digunakan anak-anak bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam sesi persekolahan yang bermula Rabu lalu.

Hasyani Mat Jusoh, 42, berkata keluarganya antara golongan miskin yang menghadapi masalah dalam membiasakan diri dengan PdPR bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah hari pada setiap hari persekolahan.

“Memandangkan hanya saya saja yang mempunyai telefon pintar, lima anak saya bergantung kepada telefon ini secara bergilir bagi menyiapkan kerja sekolah.

Hasyani Mat Jusoh
Sumber Foto : Bernama

“Ada dalam kalangan anak saya menangis kerana tidak sabar menunggu lebih sejam untuk setiap daripada mereka menyiapkan kerja secara dalam talian,”

Situasi itu menimbulkan dilema buat dirinya untuk menyediakan telefon pintar bagi setiap anaknya kerana dia sendiri perlu menjalani rawatan susulan kerana menghidap kanser usus tahap dua sejak dua tahun lepas manakala suaminya Sidik Abd Wahab, 46, pula bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan tidak menentu.

Bagaimanapun, Hasyani rela mengorbankan telefon pintarnya untuk kegunaan anak-anak yang berusia antara enam hingga 15 tahun demi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

5 beradik di Kluang kongsi 1 telefon pintar untuk PdPR

Akibat kekangan hidup, lima beradik daripada sebuah keluarga terpaksa berkongsi telefon bimbit milik ibunya untuk mengakses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan sebaik sesi persekolahan bermula pada 20 Januari (kelmarin).

Lima beradik berkenaan yang juga anak kepada seorang ibu tunggal terpaksa bergilir-gilir untuk menyiapkan kerja sekolah yang dihantar melalui aplikasi WhatApps walaupun terpaksa bergilir demi memastikan mereka semua dapat menerima pembelajaran yang diberikan.

Shilla Borhan, 36, berkata, lima orang anaknya itu adalah daripada lapan orang anak yang tinggal bersamanya selepas ditinggalkan oleh suami kira-kira lima tahun lalu.

“Bagaimanapun, saya terpaksa membahagikan masa penggunaan telefon bimbit kerana tidak mahu mereka berebut,”

Menurut Shila, akibat daripada keadaan itu, anak-anaknya akan menjadikan orang terakhir menghantar semula kerja sekolah yang diberikan kerana terpaksa bergilir sesama mereka.

Ustaz Ebit Lew terima 43,000 permohonan tablet

Menyedari ramai yang terkesan dengan pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) dek kerana tidak mempunyai peranti untuk belajar, pendakwah Ustaz Ebit Lew pada semalam mengumumkan pemberian seratus unit tablet kepada mereka yang memerlukan.

Walaupun sudah menyediakan seratus unit tablet , namun Ustaz Ebit Lew melalui satu hantaran terbaru yang dibuat di akaun media sosialnya memaklumkan telah menerima lebih 40,000 mesej daripada orang ramai.

ustaz ebit lew

Situasi berkenaan menurut Ebit sudah cukup untuk membuatkan hatinya sayu dan berulang kali meminta maaf dalam hantaran berkenaan kerana tidak dapat membantu lebih ramai individu yang memerlukan peranti berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!