Had kehadiran majlis akad nikah tidak lebih 10 orang – JAWI

Spread the love

Susulan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan beberapa buah negeri, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengeluarkan garis panduan baru buat pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Antaranya ialah had kehadiran ke majlis akad nikah di JAWI tidak melebihi 10 orang yang termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, wakil keluarga pengantin lelaki dan perempuan serta jurufoto.

Manakala, untuk jurunikah serta dua orang saksi pula adalah dari kalangan jawatankuasa JAWI sendiri.

Antara syarat lain yang disebut adalah:

  1. Buat pemohon yang telah tamat tempoh Surat Kebenaran Berkahwin, mereka boleh membuat penyambungan tempoh selama dua bulan dari tarikh akhir kebenaran tersebut.
  2. Majlis akad nikah dalam tempoh PKP hanya dibenar kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada JAWI.
  3. Untuk majlis akad nikah yang melibatkan rentas negeri, ia adalah tidak dibenarkan dan ditangguhkan.
  4. Akad nikah hanya dibenar dilakukan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cawangan Putrajaya dan Cawangan Labuan.
  5. Untuk tempoh masa, ia hanya dibenar selama 20 minit sahaja.
  6. Pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah mestilah bukan dari kawasan PKPD dan tidak mempunyai hubungan dengan kes COVID-19.
  7. Pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu. Keputusan ujian yang negatif perlu diserahkan kepada JAWI.

Kehadiran hendaklah mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan seperti mendaftar kehadiran, mengambil suhu serta mematuhi penjarakan sosial.

Pihak JAWI tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat ketidakpatuhan pada SOP dan garis panduan yang ditetapkan.

Garis panduan ini dikuat kuasa pada 13 Januari dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.

Sumber:
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!