Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah melancarkan laman peribadi di alamat www.najibrazak.com. Ini adalah satu salah satu daripada inisiatif PM kita untuk berkongsi pelbagai aktiviti dan pandangan peribadi beliau di satu tempat.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai medium. Sedangkan kita sebagai rakyat biasa ini pun seringkali tiada masa untuk menulis blog atau menguruskan laman sesawang, tetapi perdana menteri yang pastinya lebih sibuk tetap cuba untuk mengusahakan lamannya sendiri.
Ulasan yang dibuat ini bukanlah untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa, ini sekadar ulasan dan cadangan tambah baikan (sekiranya ada) untuk laman NajibRazak.com
Reka Kreatif dan susunan isi kandungan
Apabila kita membuka halaman utama NajibRazak.com, kita akan dapat melihat paparan muka hadapan yang ringkas dan kemas. Tiga isi kandungan utama iaitu Artikel terkini dalam blog, Gambar pilihan dan Video pilihan dapat di akses terus dari halaman ini.
Navigasi
Sistem navigasi yang digunakan juga adalah unik, ini percubaan yang menarik dari team yang membangunkan laman baru NajibRazak.com. Kebiasaannya navigasi diletakkan di bahagian atas, tetapi dalam blog ini, sistem navigasi diletakkan di ruangan bawah.
Walaupun mungkin di luar kebiasaan, tetapi disebabkan ianya jelas dan terus boleh dilihat. Ini satu pendekatan yang tidak mengganggu pengalaman pembaca secara keseluruhan.
Ruangan Blog
Sekiranya kita lihat di bahagian blog ini, ada beberapa kelemahan yang mungkin boleh diatasi dengan mudah oleh team developer laman NajibRazak.com ini. Antaranya adalah fungsi slider yang mempunyai loading time yang lambat. Pelawat akan mendapat paparan thumbnail secara berselerak sebelum slider tersebut muncul.
Contoh seperti gambar di bawah
Selain itu, navigation yang digunakan pada slider itu juga sedikit mengelirukan. Contohnya kita klik pada halaman 10 (angka paling hujung dalam paparan), tetapi ianya tidak menyenaraikan halaman yang seterusnya. Jika pengunjung tidak mencuba untuk klik pada anak panah, mereka akan berpendapat bahawa itu adalah halaman terakhir.
Cadangan daripada pihak kami, agar boleh disenaraikan halaman yang berada selepas halaman terakhir tersebut. Contoh seperti gambar di bawah.
Artikel tanpa terjemahan
Usaha untuk membuat web dwibahasa ini memang seharusnya dipuji. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memastikan setiap artikel ditulis dalam dua bahasa. Namun begitu, terdapat banyak artikel-artikel lama yang tidak diuruskan dengan baik.
Contohnya artikel : http://najibrazak.com/bm/blog/kempen-pru13-hari-keempat/
Semasa ulasan ini ditulis, sekiranya kita melawat pautan berikut, hanya halaman kosong yang akan kelihatan. Sebagai salah seorang pengaturcara yang pernah menguruskan laman dwibahasa seperti ini, kebiasaannya masalah ini berlaku, apabila salinan artikel english itu tidak dimasukkan ke dalam ruangan bahasa malaysia.
Ini akan memberi tanggapan yang kurang baik kepada pengunjung bahasa malaysia yang mengharapkan boleh membaca artikel tersebut dalam BM. Sekiranya proses menterjemah mengambil masa yang lama, mungkin boleh gunakan artikel asal dalam bahasa inggeris untuk sekurang-kurangnya memberi tanggapan kepada pembaca BM bahawa artikel dalam proses terjemahan.
Font terlalu kecil
Penggunaan saiz yang terlalu kecil dalam artikel akan memberikan kesukaran kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan terutama mereka yang sudah berumur. Kebiasaannya laman kerajaan mempunyai fungsi untuk membesarkan font, tetapi disebabkan blog NajibRazak.com ingin memansuhkan fungsi tersebut untuk kelihatan lebih kemas. Saiz font yang lebih sesuai perlu dititikberatkan.
Ruangan penglibatan
Dalam ruangan ini, rakyat dan para pengunjung dapat melihat penglibatan Datuk Seri Najib dalam pelbagai perkara. Ada beberapa yang menggunakan laman web berasingan dan ada juga yang mempunyai halaman penerangan tersendiri.
Salah satu halaman yang sedikit bermasalah adalah bahagian Perhimpunan Agung UMNO. Jika kita melawat salah satu daripada 5 halaman dalam ruangan ini, kita akan dapat melihat paparan fungsi storify yang tidak diuruskan dengan baik.
Pautan : http://najibrazak.com/bm/pau-2013/pau2013-hari-kelima/
Pada skrin 1440×900, iframe yang digunakan untuk menambah semua artikel itu mengambil masa yang lama sebelum fully loaded. Saya menggunakan capaian internet UniFi 10Mbps untuk membuat percubaan ini. Semasa fungsi ini belum fully loaded, isi kandungan telah kelihatan, tetapi tidak dapat discroll dengan baik. Boleh rujuk gambar di bawah:
Namun disebabkan kebanyakan isi kandungan adalah daripada twitter, mungkin team Developer terpaksa menggunakan fungsi iframe ini, kerana ingin menjimatkan proses development. Fungsi yang sama boleh dicapai sekiranya kita menggunakan twitter api, dan paparan terus tanpa iframe boleh dibuat di ruangan ini.
Rumusan
Inisiatif Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menyediakan platform kepada rakyat untuk mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa sememangnya sesuatu yang harus dipuji. Dalam suasana gaya hidup sekarang yang sememangnya berlegar dalam suasan berteknologi tinggi, pendekatan dari pelbagai sudut ini adalah sangat baik.
Tujuan ulasan ini dibuat, bukanlah untuk mengutuk atau memberi tanggapan negatif, ini hanyalah usaha daripada pihak kami untuk sama-sama menambah baik apa yang kurang dan meneruskan apa yang telah disediakan dengan baik. Ini hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib dan team pembangun laman tersebut.
Semoga ulasan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua. Tahniah sekali lagi kami dari Denaihati Network kepada Datuk Seri Najib untuk pelancaran web baru ini.
No related posts.
601 Comments
bukan mudah untuk mentadbir sesebuah negara, banyak perkara yang perlu dirancang dan diuruskan.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Program Derma Organ
seorang kepala negara memang lah orang pilihan tak semudah dengan memerintah sebuah kota atau desa
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Tips Bersabar [1]
menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia seperti perdana menteri pastinya banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi setiap masa.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Cara Menempah DVD BBMA Basic Live Trade
Semoga semua kekurangan-kekurangan tersebut akan segera diperbaiki oleh kawan-kawan team developer laman NajibRazak.com ini.
Curahan rasa luthfi @ ..Perbaikan Kulit Malam Hari
terbaekk seorang kepala negara punya web seperti ini semoga lebih dekat dengan rakyat
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN SYARAT MENYAPU KHUF
Memang terbaik… tip tip yg dikongsi. Terima kasih tuan tanah.
tak habis ayat tu,, tuan tanah kedaun heheheh gurau jer – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com @ ..Kedai Online Gegar – Senarai Peserta Akhir Gegar Vaganza 2014
Terima kasih untuk informasinya gan sangat bermanfaat bisa memberikan pengetahuan baru bagi para pembacanya, sukses terus gan
ini informasi dari Kepala Negara yang buat web memang elegan tampilannya meski agak lambat loadingnya
Curahan rasa Abdullah @ ..Awas Musik Haram
rasanya bukan sahaja size gambar yg besar tp mgkn video saiz besar yg banyak dlm blog tersebut menyebabkan loading slow….
Curahan rasa azmi @ ..Fauziah Latiff Sahkan Bakal Nikah Tahun Depan
semoga yang mengelola sadar akan kekurangan web ini sebab ini punya kepala negara mestilah lebih mantap
Curahan rasa Abdullah @ ..Awas Musik Haram
ada sesiapa yang tahu siape developer yang menbangunkan website najibrazak ni x?? currently i`m doing the research regarding this wbsite.
banyak lagi yg perlu diperbaiki supaya ia sesuai jadi laman web rasmi perdana menteri
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tuh.. kena la sesuai dengan reputasi najib sebagai PM malaysia.. blog pun mesti kena mantop..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Rasanya gambar2 PM nih yang buat loading jadi slow.. mesti besar saiz pixelnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
PM perlu hire web desinger yang lebih kreatif dalam membina laman rasmi ketua negara
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Mungkin dia beri peluang kepada programmer2 baru kot.. tuh sebab macam kurang berpengalaman jer..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
yang sekarang ni nampak mcm tangkap muat. janji ada je utk PM
Curahan rasa nikkhazami @ ..Google Doodle Mokhtar Dahari
Mungkin mereka akan melakukan penambah baikan dari semasa ke semasa untuk membuatkan web PM lebih mantap.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
mereka juga kena update setiap masa. sebab nampak mcm terbengkalai juga lah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Takkan dah kekeringan idea kot..biasanya orang dah plan dulu baru ubah.. bukan ubah dulu baru nak plan buat camaner..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Kita nantikan saja penambahbaikan yang akan dibuat nanti.. harap akan lebih baik..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
malaysia tanah airku syukur menjadi rakyat malaysia bumi indah aman ini
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Cepat Bakar Lemak Perut Dan Peha
Namun kecewa juga bila mana ada segelintir pihak yang mahu mencemarkan keharmonian dan keamanan malaysia kebelakangan ini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Ya, memang mengecewakan apabila ada sesetengah pihak yang mencetuskan api pergaduhan antara agama dan kaum.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
Semuanya demi kepentingan politik.. semua makin huru hara dan berpecahbelah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
mungkin juga mereka tak ada tempat utk bersuara. nak masuk tv di sekat. kalau tulis di internet nanti kena saman
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kalau btol yakin tak buat salah kenapa takut disaman? Sebab tahu ianya salah kan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Memang bersyukur hidup di negara yang aman dan damai ini tanpa sebarang persengketaan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
Tapi peliknya ada yang terikut2 pengaruh luar yang suka memberontak dan tak hormatkan pemimpin pilihan rakyat majoriti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Portal DS Najib nih perlu adakan ruang untuk rakyat memberi komen dan luahan hati..banyak yang nak diluahkan nih..hehe..DS Najib baca ker laman dia tuh?
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
saya pasti semua komen akan ditapis dan PM akan baca respon positif je. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Yang menapis tuh adminnya lah.. tuh sebab PM tak dapat maklumat tepat suara hati rakyat sebab adanya golongan kipas lipas nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
tuan, saya sedang melakukan penyelidikan mengenai website kerajan. boleh saya tahu siapa company apa yang membangun kan website najibrazak ini
Kalau tak silap boleh tengok kat bahagian ‘Who is’ laman web tuh..maybe boleh dapatkan maklumat pembangun portal tuh di sana..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
boleh dicoba kalau nak tahu portal mana atau yang kelola blog ini
Curahan rasa Abdullah @ ..Awas Musik Haram
memang sepatutnya setiap kepala negara punya web sendiri supaya bisa juga berintenraksi langsung dengan masyarakat
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Tips Bersabar [1]
Comments are closed.