Tips Untuk Pengguna Baru WordPress

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Google Page Rank 2011” dan “7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu“. Rakan Blogger selamat membaca :

Ramai yang selalu bertanya, theme apa yang paling sesuai kalau bertukar ke WordPress. Walaupun pada asalnya, kriteria memilih theme ni terlalu banyak seperti jenis layout (magazine atau blog), bilangan sidebar dan sebagainya, tapi pada pendapat aku, theme yang paling mudah digunakan untuk pengguna baru WordPress Twenty Eleven.

Theme Yang Ringan & Laju

Website laju adalah standard masa kini. Kalau tak laju, berkemungkinan besar site anda akan dilupakan oleh Google dan mungkin juga pembaca setia anda. Standard SEO pada masa kini sangat menitikberatkan kelajuan dan saiz laman web yang diload ke dalam browser.

Setelah betukar ke Twenty Eleven, loading time untuk blog.ariff berkurangan sebanyak 3 kali ganda. Ini jelas terbukti melalui maklumat Performance yang didapati daripada Google Webmaster tools seperti di bawah:

Purata loading sebelum Twenty Eleven: 21 saat. Selepas: 7 saat

Rupa Yang Menawan

Kalau tengok 2011 yang asal pun sebenarnya dah memang cantik. Cuma layout asal Twenty Eleven tidak mempunyai sidebar pada single.php. Tapi itu bukan masalah kerana sekarang ni banyak dah child theme Twenty Eleven yang menyediakan sidebar serta stying yang lebih kemas dan cantik.

Untuk pengetahuan semua, penggunaan child theme adalah sama sahaja dengan penggunaan theme WordPress yang lain. Anda hanya perlu memasukkan file theme tersebut dalam folder Themes untuk blog anda, ataupun install terus zip file theme tersebut dalam WordPress.

Ini adalah senarai child theme Twenty Eleven yang aku jumpa melalui carian Google. Paling penting, semua child theme yang disediakan adalah percuma.

Timeline WP. Theme ini direka berdasarkan rekabentuk baru Facebook timeline. Didatangkan bersama Facebook comments, Like dan Send buttons yang biasanya perlu diletakkan sendiri pada theme-theme lain. Rekabentuk yang unik dan fresh.

NomNom. Antara yang terbaik dan comel. Tak percaya? Tengok blog.ariff sendiri. Cari designer yang boleh buatkan banner dengan murah dan cantik, blog korang akan jadi cantik.

dan lain-lain lagi seperti Silver dan Paper.

+ Plugin Asas Untuk Pengguna Baru WordPress

Pembaca ramai membincangkan tentang plugin penting yang diperlukan untuk sesebuah blog WordPress serta bilangan plugin yang sesuai. Sebenarnya bilangan plugin tu tak penting, yang penting adalah kualiti plugin yang digunakan.

Ada plugin yang tidak dikod dengan betul sehingga menyebabkan kebocoran keselamatan blog WordPress. Disebabkan risiko penggunaan plugin yang tidak dikod dengan betul inilah ramai web developer menasihatkan supaya mengurangkan penggunaan plugin. Mencegah lebih baik daripada merawat, betul tak?

Antara plugin yang boleh digunakan selepas memasang WordPress adalah:

  • W3 Total Cache – All in one caching solution. Paling baik gunakan satu cache plugin sahaja.
  • Contact Form 7 – Sekiranya perlu contact form.
  • WordPress SEO – All in one SEO plugin. Lengkap.
  • WP-Page Navi – Untuk menambahkan pagination dengan mudah.
  • WP-Touch – Mobile theme penting. Sekarang semua orang baca blog guna smartphone.
  • Ad Injection – Paling mudah untuk masukkan pelbagai jenis ads dimana jua dalam blog.
Harap entri ini dapat membantu anda pengguna baru WordPress. Kalau belum bertukar dan bercadang nak berpindah, bookmark entri ini supaya menjadi rujukan masa hadapan. Kongsikan juga dengan rakan yang baru belajar menggunakan WordPress.

---

  1. Saya lebih senang dengan tema yang simpel dan tak banyak hiasan, karena akan membuat loading blog semakin cepat dan ringan.
    Entri terbaru Mas Gie – Agenliga Sebagai Agen Bola Online Untuk Euro 2012My Profile

  2. Buat masa sekarang blog masih menggunakan platform blogspot.. Tapi perkongsian ilmu ni sgt bagus kerana mungkin boleh digunakan bila nak beralih dengan hosting sendiri dengan platform Wp

  3. saya sampai sudah tak tau camne nak guna .php wordpress..dah try baca macam2 tutorial..huhu..biasa nya wordpres ni berapa modal untuk permulaan?..untuk domain, hosting & setting theme skali.

  4. tips yang bagus, insya Allah saya akan terapkan..terima kasih DH
    Entri terbaru Dadan – Laga Euro 2012 : Polandia vs RusiaMy Profile

  5. Bagus tips ni. Saya pun tengah berkira-kira nak tukar ke wordpress.
    Entri terbaru khairil – Hotel Dalam Air Di Dubai Yang Menyerupai UFO (12 Gambar)My Profile

  6. Saya masih belum faham tentang wordpress
    Entri terbaru Dadan – Papa, Mama Terima kasihMy Profile

Trackbacks

  1. [...] dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“ dan “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“. Jom kita baca entri menarik ini [...]

Artikel pilihan...close