Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog satu permulaan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tiada apa yang boleh dikata melainkan sujud syukur tanda terima kasih kepada ALLAH SWT apabila Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog selesai dengan jayanya. Bukanlah sempurna 100% tetapi dengan tempoh yang sangat singkat kejayaan menganjurkan seminar ini oleh Team Denaihati Network bolehlah dibanggakan. Terima kasih kepada Shakiddo, Anarm dan Eizil yang bertungkus lumus sejak awal menguruskan dengan bantuan Shahril, Hazman, Nurliza, Pendekar Berkuda dan semua sukarelawan.

peserta seminar buat duit dengan affiliate 2014

Jutaan terima kasih kepada penganjur bersama Kumpulan Media Karangkraf khasnya kepada Dato’ Hussamuddin Yaacob, Pengerusi/CEO yang juga sudi berkongsi kisah susah senang membina perniagaan dan kisah macam mana memikat isteri, semua peserta teruja sangat. Tidak lupa kepada En Ahmad Yani Abd Manaf, Senior Editor Majalah i yang juga menjadi jambatan melancarkan majlis yang dihoskan di Dewan Sultan Muhammad V Karangkraf. Paling terbaik Dato’ Hussamuddin juga memberi ruang kepada Sinar Harian menjadi rakan media yang mempromosi meluas keseluruh Malaysia.

Universiti Islam Malang Indonesia

Seminar Buat Duit dengan Affiliate tidak akan menjadi kenyataan kalau bukan dengan tajaan utama Jopana.my dan penaja bersama Amaraiman Sdn Bhd, Yeo’s Malaysia, Otens Kitchen (khas untuk peserta dan semua pembaca ada diskuan 20% jika order sekarang dengan hashtag #denaihati), Klikjer.com, Choc4Gaza dan semua penaja t-shirt HazmanFadzil.com, Kitepunye.com, Hafiz.my, Flavapictures.com.my, Mohdzarin.com, Cahayadiana.com, Beevenommalaysia.com, Mohdfairiz.com dan Crunchykapit.com. Sumbangan penaja semua telah membantu menyebarkan ilmu kepada semua peserta.

Panel Seminar Buat Duit dengan affiliate

Watak paling penting yang menjayakan seminar tidak lain tidak bukan adalah yang bijak pandai ahli panel iaitu Prof Hariz bakal jutawan muda, Zeo Unic yang memang unik, En Titan juga ada banyak nama samaran (mohon maaf penganjur terlupa order Cendol), Shuth penulis e-Book bahasa Melayu pertama di dunia dan Eizil guru besar Akademi Denaihati. Ilmu yang mereka sampaikan ringkas tetapi padat menjadi pembuka minda asas untuk buat duit affiliate dengan blog. Tidak lupa juga kepada Hilal Azmi yang diangkat dari peserta menjadi emcee serta Ustaz Noehas yang telah membuka dan menutup majlis dengan bacaan doa.

Dewan Sultan Muhamad V Karangkraf

Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang datang dari Indonesia, Singapore, Kemboja dan dari berbagai pelusuk Malaysia, semuga majlis ilmu ini memberi manafaat penyuntik idea baru bagi menempuh 2015 yang lebih mencabar kehidupannya. Kami penganjur menghulur jadi sepuluh memohon ampun dan maaf sekira ada salah dah silap, terlanjur kata juga tidak terlayan serta tertegur. Yang baik dari ALLAH dan yang buruk juga dari ALLAH atas kelemahan diri kami.

Jopana penaja seminar affiliate

Kepada yang tidak berkesempatan untuk datang seminar sila baca buku Buat Duit dengan Affiliate yang akan membantu menjana pendapatan online setiap hari. Baca juga entri Buat Duit Online Hari-Hari sebagai contoh bagaimana pendapatan online boleh dijana setiap hari.

Zeo Unic panel seminar affiliate
Klik gambar Zeo Unic untuk melihat lebih banyak foto yang lain

Semuga ada lagi penganjur lain yang akan menganjurkan seminar buat duit dengan affiliate khas untuk blogger seperti ini kerana hampir semua seminar buat duit dengan affiliate adalah untuk IM. Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog ini hanya satu permulaan untuk perjalanan menjana wang berganda.


Spread the love

89 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!