Review lengkap blog adik beradik Fatihah Fazlin

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tempoh hari, salah seorang blogger tanahair telah menyatakan hajatnya untuk mendapatkan review lengkap mengenai blog beliau. Sedikit pengenalan mengenai blogger Fatihah Fazlin.

Pada awalnya blog Fatihah atau nama sebenar Nik Nurfatihah ini dibuka dengan perancangan untuk menulis bersama adiknya Nik Nurfazlin. Namun disebabkan adiknya kurang minat untuk menulis, Fatihah meneruskan blog ini bersendirian. Gadis berusia 23 tahun ini gemar untuk berkongsi kisah kehidupan dalam blog peribadi beliau.

Review blog FatihahFazlin333.blogspot.com

Terlebih dahulu, saya akan ulas mengenai bahagian teknikal. Penilaian awal menggunakan gtmetrix.com menunjukkan markah yang agak rendah. Sebahagian besar adalah berpunca daripada penggunaan gambar yang tidak dikecilkan terlebih dahulu.

Kebanyakan gambar menggunakan saiz yang terlalu besar, 1600×1600 walaupun dalam artikel, paparan hanya menggunakan saiz 400×400 (salah satu daripada beberapa gambar yang digunakan). Perkara ini akan menyebabkan loading blog kita menjadi lambat, disebabkan saiz gambar sepenuhnya akan digunakan.

Cara mudah untuk mengecilkan gambar secara pukal adalah dengan menggunakan tools percuma Windows Image Resizer, hanya perlu install dan kemudian right-click pada gambar yang ingin dikecilkan, dan option untuk resize pictures akan terpapar.

Selain itu, sekiranya kita meletakkan gambar, terutama yang berkaitan dengan paparan layout/theme, sebaiknya kita meletakkan saiz lebar dan tinggi gambar tersebut. Namun begitu, ini ada pengecualian untuk beberapa kes tertentu. Dalam konteks blog FatihahFazlin ada banyak yang lebih baik ditetapkan saiz lebar dan tinggi gambar.

Penggunaan disable highlight

Fungsi disable highlight ini adalah perkara yang hanya akan merugikan kita sebagai blogger. Walaupun tujuan utama mungkin untuk mengelakkan individu lain daripada menyalin artikel kita. Namun begitu ada kesan berpanjangan lain yang akan merugikan kita. Boleh rujuk artikel 3 Sebab kenapa disable right-click merugikan blogger untuk penerangan lanjut.

Open in new tab/window

Semua link dalam blog ini set target sebagai blank (buka di new tab/window). Walaupun ada yang merasakan ini perkara yang perlu dilakukan, tetapi saya merasakan perkara ini hanya menyebabkan ketidakselesaan kepada pembaca.

Sekiranya saya sebagai pembaca, ingin melayari blog ini, dan kebiasaannya memang browser saya dah ada banyak tab, penambahan tab yang tidak perlu ini hanya akan membuatkan saya ingin beredar lebih awal.

Navigasi blog

Pada bahagian bawah header yang cantik itu, terdapat sistem navigasi untuk kemudahan pengunjung. Namun ada 2 link yang sama dengan ayat berbeza, iaitu “Home” dan “Mencari jalan pulang”.

Paparan navigasi blog fatihah fazlin

Menu “Mencari jalan pulang” itu sedikit sebanyak memberikan tanda tanya kepada saya, kenapa ianya ada disitu, selepas klik baru saya perasan ianya hanya ke halaman utama. Mungkin boleh padam atau gantikan dengan pautan yang berlainan.

Rumusan, cadangan dan tambahbaikan

Secara keseluruhan, penulisan artikel yang santai, penggunaan warna biru muda sebagai tema blog ini, memberikan pengalaman membaca yang menyelesakan. Cuma untuk pembaca yang lebih berumur, saiz font mungkin agak kecil, ini berdasarkan pengalaman saya menguruskan beberapa blog yang empunyanya lebih berumur.

Mereka lebih gemar membaca atau melayari blog yang mempunyai saiz tulisan yang lebih mudah untuk dibaca. Boleh cuba tanya emak atau sesiapa yang lebih tua dalam keluarga maklum balas daripada mereka semasa mengubahsuai saiz font tersebut.

Selain itu, ada beberapa elemen-elemen SEO yang tidak diambil berat. Tiada H1 tag dalam template yang digunakan, site description pun tidak ditemui.

Jumlah links dalam halaman utama juga terlalu banyak, cuba kurangkan dan kekalkan dalam linkungan 100 links untuk internal dan external link. Ini akan memberikan kesan yang lebih baik pada prestasi blog.

Selain itu, saya cadangkan supaya daftar domain untuk digunakan bersama-sama akaun blogspot tersebut. Ini akan memberikan kita peluang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Modal untuk pendaftaran domain dot com tidaklah terlalu mahal.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh ajukan di ruangan komen. Saya doakan sis Fatihah akan terus menulis dan menjadi blogger yang berjaya di persada alam maya tanahair dan antarabangsa.


Spread the love

505 Comments

  1. Saya juga tertarik dgn komen denaihati tentang penggunaan open in new tab/windows. Ianya nampak seperti satu perkara yg kecil dan remeh tetapi punya kesan yg amat besar. Blogger harus bijak memilih pengggunaan aplikasi ini agar ianya tidak merugikan diri dan menyusahkan pembaca.
    Curahan rasa Relaks Minda @ ..Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 51My Profile

  2. Saya juga dapati ramai blogger kurang ambil tahu tentang asas seo seperti penggunaan H1 dan description blog. Ianya amat mudah diaplikasikan dan amat penting. Menjadi seorang blogger bukan hanya sekadar buat blog dan update entri tetapi mesti juga mendalami ilmu dan mengaplikasikan teknik blogging yg betul.
    Curahan rasa Relaks Minda @ ..Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 51My Profile

    1. Masa mula-mula buat blog dulu memang niat dihati sekadar nak suka-suka. Tapi bila tengok ramai blogger dah berjaya dengan hanya berblog, nik pun ada keinginan tu. Memang kena ada ilmu dalam berblog. Insyaaallah, nik sedang cuba berusaha memperbaiki blog nik. Terima kasih 🙂
      Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Terima Kasih Nuffnang !My Profile

    1. Alhamdulillah kak yumida.. Nik pun memang perlu cadangan untuk blog nik sebab nik bukannya tahu sangat pasal blog ni. Yang nik tahu, nik suka menulis. Sekarang nak lebih serius dalam berblog ni. hehehe

  3. Entry review yang sangat lengkap. ulasan yang di berikan boleh diguna pakai untuk saya jugak. blog saya masih banyak yang perlu diperbaiki… hrmmm…

  4. serius, teringin nak dapatkan reveiw dari DH. rasanya blog PG pun banyak yang kena betulkan. lebih-lebih lagi bab size gambar yang melibatkan lambat atau cepat loading sesebuah blog. h1 tag pun memang tak tahu la samada ada atau tidak dalam blog PG. apa tag lagi nak tahu meta des tu. untuk penggunaan disable highlight tu pun, PG masih keliru mengenainya. kena baca lebih banyak tentang ini. apa pun, review lengkap blog fatihah sangat berguna untuk PG review semula blog sendiri.
    Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  5. details ulasan review untuk blog Fatihah ni. Bestnya kalau blog sendiri dapat di review macam ni jugak. So dapat tahulah apa yang tak okay untuk perbaiki apa yang perlu..pasal disable right click tu memang setuju sangat tak perlu ada. agak menyusahkan bila blogger buat contest susah nak copy image/info walaupun ade cara dan shortcut boleh digunakan tapi bagi mereka yang newbie..mungkin ianya sesuatu yang susah.
    Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap bloggerMy Profile

    1. Alhamdulillah.. sedikit sebanyak saya dah aplikasikan cadangan dan teguran dari review saudara eizil ni. Banyak lagi benda yang saya kena belajar ni kak azhafizah. Masih baru dalam bidang ni.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!