Kisah Malang di kaunter bank

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini aku kongsikan kisah benar yang aku sendiri lalui mendapat layanan buruk ketika makan di sebuah restoran Melayu di Bangi. Untuk entri ini aku kongsikan kisah dan tauladan yang aku dapat daripada rakan wassap. Nak kata cerita rekaan tidak juga kerana aku sendiri pernah mengalami kisah ngeri mendapat layanan buruk di kaunter bank.

Memang betul kalau kita datang dengan imej kampungan memang sebelah mata sahaja kerani bank pandang. Kalau datang dengan imej bergaya kaya walaupun tak berduit memang lebih ceria disambut di kaunter. Jom kita baca kisah ini sebagai panduan hidup.

Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata

“kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit.”

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata

“Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini.”

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 200 JUTA.

Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.

kisah malang di kaunter bank
Gambar hanya sebagai hiasan.

 

mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.

mak cik itu menjawab “kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!”

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, “Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya…….

Kisah dan tauladan ini biasa berlaku di bank Malaysia tak kiralah bank komersial atau bank jenis lain-lain. Bank Negara Malaysia perlu mengambil perhatian sikap pekerja bank yang memilih bulu. Bukan semua jutawan menzahirkan diri mereka dengan gaya kaya.

Kalau anda ada kisah yang hampir sama kongsikan untuk kita jadikan pengajaran.


Spread the love

147 Comments

  1. Ni perkara biasa. Orang yang bernampilan sempoi macam Mek ila pun sering disangka takde duit atau mempunyai taraf pekerjaan yang biasa biasa je. Paling tak tahan bila orang tanya adik ni kerja kerani ke? Huhu.

    Perlu ke kita nak tanya soalan yang tak berkaitan begitu kalau jawapan tersebut tidak diperlukan dalam urusan tersebut ? Dan takkan orang yang ditanya nak cerita pung pang pung pang pula. Cukuplah sekadar tersenyum ~
    Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Lembu Ketakutan Hingga Pengsan Sebelum Dikorbankan ~My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!