Gerhana Bulan tahun 2012

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Sempena Gerhana Bulan Penumbra, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra pada 28 November 2012 jam 9:00 p.m. hingga 11:00 p.m. bertempat di Planetarium Negara.   Orang awam adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan. Pencerapan Planet Musytari, taklimat Gerhana Bulan dan trivia astronomi juga akan dibuka kepada awam.

In shaa allah tepat jam 4.49 pm waktu Malaysia, 4 Jun 2012 akan ada gerhana Bulan pertama tahun 2012 ini. Pada waktu gerhana Matahari 20 Mei 2012, posisi bulan tepat berada diantara Matahari dan Bumi. Dan pada gerhana Bulan Separa, posisi Bumi berada di tengah antara Matahari dan Bulan dan di permukaan Bulan akan terlihat bayangan Bumi yang akan menutupi sedikit demi sedikit bagian Bulan.

Tidak perlu menggunakan pelindung mata jika kita ingin menyaksikan gerhana Bulan Separa, sebab tidak berbahaya seperti saat gerhana Matahari dan jika kita menggunakan teleskop untuk melihat gerhana, maka akan menjadi lebih menarik. Gerhana Bulan Separa pada 4 Jun 2012 dapat dilihat oleh mereka yang berada di sekitar Pasifik, Utara dan Selatan Amerika. Gerhana Bulan Separa dijangka bermula pada jam 4.49 pm, maksima pada jam 7.03 pm dan tamat pada jam 9.17 pm waktu Malaysia.

gambar_gerhana_bulan

Gerhana Bulan menunjukkan kekuasan Allah SWT.

Pada tahun 2011 dua fenomena gerhana bulan iaitu gerhana bulan penuh  pada 10/12/2011 pada jam 10.05 – 10.57 pm dan kali pertama pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.

Mengikut sumber, JAKIM akan menganjurkan solat sunat itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib. Kepada pembaca yang terlupa cara Solat Sunat Khusuf sila baca entri lama denaihati di cara solat sunat Khusuf.

Pada 6 Jun 2012 pun akan berlaku fenomena Transit Planet Zuhrah fenomena yang agak unik kerana hanya berlaku 7 kali sejak zaman Galileo dan terakhir berlaku pada tahun 2004. Kalau terlepas kali ini kita kena tunggu 105 tahun lagi iaitu pada tahun 2117 untuk fenomena yang akan datang. Kepada yang nak tahu apa itu fenomena Transit PLanet Zuhrah dan cara selamat untuk menyaksikan joom klik entri Fenomena Transit Planet Zurah oleh Kulanzsalleh.

transit_planet_zuhrah

Gambar Transit Planet Zuhrah – Sumber Google

Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

Anda juga boleh menyaksikan live event  proses terjadinya gerhana di sini.

gambar_gerhana_bulan_separa

Gambar gerhana bulan separa – Sumber Google

Boleh juga lihat banyak lagi gambar gerhana bulan separa di blog PR4 Forblogger.net. dan Fatamorgana.

Nota : Kepada rakan yang ada merakam gambar gerhana bulan separa sila kirimkan melalui email untuk kita kongsikan kepada semua pembaca. Kepada yang ada akaun FB sila klik FB Share untuk disebarkan kepada rakan-rakan manalah tahu jadi asbab untuk mereka laksanakan solat sunat khusuf.

---

  1. Fenomena dan gambar gerhana bulan yang terlihat dengan jelas di tahun 2012 ini
    Entri terbaru Blog Keperawatan – iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  2. salah satu tanda kebesaran Allah SWT yaitu gerhana matahari dan bulan. hendaklah kita bertobat.
    (HR. Bukhari dari Abi Barkah)
    Entri terbaru Blog Pendidikan – Tes UKA dan PLPG Sertifikasi Guru Kementrian Agama Tahun 2012My Profile

Trackbacks

  1. [...] Planet Zuhal. Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Gerhana Bulan akan berlaku beberapa kali setiap tahun dengan fenomena yang [...]